Setiap kali menebuk dinding, satu masalah utama adalah apabila debu berterbangan di segenap ruang. Bukan sahaja lantai, malah almari, meja dan segala perabot berhampiran akan terkena tempiasnya. Justeru, kerja membersih akan menjadi lebih rumit.
Pun begitu, dengan lifehack mudah ini, anda dah tak perlu bersusah payah memvakum lantai dan mengelap perabot. Bahan yang diperlukan juga mudah didapati. Anda hanya perlukan satu botol plastik dan kerja menggerudi dinding tak lagi menyusahkan.
Kongsi @jason_jezi, anda hanya perlu memotong botol yang ingin digunakan dan masukkan mata gerudi ke dalam lubang botol. Tekapkan botol pada dinding dan mula proses menebuk. Dengan cara ini, segala habuk akan terkumpul di dalam botol. Jadi, tak perlu lagi susah-susah mengemop lantai.
Tonton videonya di bawah.
@jason_jezi Biasa #drill dinding, satu rumah #habuk pening nak mop. Cara ni boleh selesai #TikTokGuru #learnontiktok #jombelajar #hack
Sumber: @jason_jezi