Siakap Keli
Gambar: Polis Kedah

“Langkawi Attack”, Turun Feri ‘Disambut’ Polis, 473 Buah Motor Kena Saman

Polis Kedah memaklumkan bahawa sebanyak 473 buah motosikal telah dikenakan tindakan saman atas pelbagai kesalahan.

Menerusi kenyataan di Facebook, operasi yang disertai oleh Polis Daerah Langkawi dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Langkawi diadakan di Jeti Tanjung Limbong.

Antara kesalahan yang dikenakan tindakan saman adalah tiada nombor pendaftaran dan tiada cermin sisi. Salah satu motosikal yang menarik perhatian ramai adalah dengan plat yang tertulis ‘Langkawi Attack’.

Dalam pada itu, sebanyak 104 notis telah dikeluarkan oleh pihak JPJ dan satu motosikal telah disita.

“Rata-rata penunggang motosikal yang diperiksa datang dari Lembah Klang, Terengganu, Kelantan dan Johor,” kata Polis Kedah dalam kenyataan itu.

Sumber: Polis Kedah

Sofea

There's always another side to every story