Siakap Keli
PLUS
Gambar: Lebuh raya Kuala Lumpur-Karak - Bernama

Pengguna Lebuh Raya Ke Pantai Timur Dinasihatkan Rancang Perjalanan

Pengendali Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Anih Berhad menasihati para pengguna lebuh raya untuk merancang perjalanan mereka memandangkan hujan lebat yang dijangka melanda kawasan Pantai Timur minggu ini.

Pengurus Besar Kanan Anih Berhad, Radzimah Mohd Radzi berkata, pihaknya sedang memantau keadaan paras air di sekitar kawasan laluan utama lebuh raya tersebut.

“Sungguhpun ia masih selamat pada masa ini, kami akan terus memantau keadaan dan mengemas kini maklumat terkini melalui rangkaian media sosial kami.

“Pada masa siaran ini dikeluarkan, paras air di semua kawasan di sepanjang KLK dan LPT1 berada dalam keadaan selamat dan syarikat sedang giat mengambil langkah untuk memastikan keadaan kekal terurus,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambahnya, Anih Berhad berada dalam keadaan bersedia dalam usaha memastikan keselamatan dan keselesaan semua pengguna lebuh raya mereka.

“Pihak Anih ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa kami sentiasa dalam keadaan bersedia dan komited untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna lebuh raya kami kekal sebagai keutamaan,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, sahih dan terkini, pengguna lebuh raya boleh melayari laman rasmi media sosial Lembaga Lebuh Raya Malaysia/Anih Berhad di Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik dan Facebook @Lembaga Lebuhraya Malaysia @Lebuhraya Pantai Timur.

Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi di talian hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT-Line di 09-5479111 atau 1-700-818-700 bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Sumber: FB Lebuhraya Pantai Timur

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.