Siakap Keli
Kredit: Google

(Video) Bijak, Rupanya Ini Cara Burung Belatuk Buat Persiapan Musim Sejuk, Setiap Lubang Ada Saiz Sempurna

Setiap haiwan mempunyai cara dan kebolehan tersendiri untuk meneruskan hidup. Malah, ciri serta keupayaan fizikal mereka juga diciptakan khas untuk hidup di kawasan atau suasana unik habitat mereka. Bagi haiwan yang tinggal di kawasan yang mengalami musim sejuk, mereka kebiasaannya akan menyimpan stok makanan yang mencukupi sehingga habis musim.

Sebagai contoh, burung belatuk Acorn akan menggali lubang pada batang pokok sebagai lokasi penyimpanan bekalan makanan.

Menurut portal All About Birds, haiwan ini menggunakan paruhnya yang tajam dan kuat untuk membuat lubang mengikut saiz sempurna pada pohon bagi memegang buah berkenaan agar tidak jatuh.

Tambah portal itu, spesies burung ini akan bekerja bersama-sama untuk mengumpul dan menjaga stok makanan mereka. Tinggal bersama keluarga, burung-burung ini menggunakan pokok yang sama bagi menyimpan bekalan makanan pada musim sejuk.

Malah, burung sosial yang hidup dalam komuniti ini akan membesarkan anak-anak mereka secara bersama.

Sumber: All About Birds

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.