Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bukan Saja-Saja, Ini Rupanya Fungsi Lubang Kecil Pada Penutup Cawan Kopi 

Aina Munirah
Kredit: ImageFX

Bukan Saja-Saja, Ini Rupanya Fungsi Lubang Kecil Pada Penutup Cawan Kopi

Bila sebut pasal kopi, sudah tentu ramai yang menggemarinya. Tanpa mengira kopi panas atau sejuk, minuman yang dianggap memberi tenaga dan menghilangkan rasa mengantuk itu sememangnya menjadi pilihan ramai.

Malah, bagi sesetengah orang, pagi mereka mungkin tidak lengkap tanpa secawan kopi sebagai tanda memulakan hari.

Bukan itu sahaja, ada juga yang sanggup menghabiskan puluhan ringgit atau lebih setiap hari demi secawan kopi yang digemari.

Dalam pada itu, mungkin ada yang menganggap membeli kopi dari kedai lebih praktikal dan menjimatkan masa.

Namun, pernahkah anda perasan, setiap cawan kopi panas yang dibeli itu, terdapat banyak ciri-ciri khas yang direka dan mempunyai fungsi khususnya yang tersendiri.

Sebagai contoh, jika anda perhatikan penutup cawan, selain dari lubang yang kita gunakan untuk minum minuman tersebut, terdapat satu lagi lubang kecil yang mempunyai fungsi yang berbeza.

Saiznya yang sebesar jarum itu, mungkin dilihat sebagai satu kesilapan ataupun hiasan pada awalnya. Namun, jika diamati, ia sebenarnya mempunyai pelbagai fungsinya yang tersendiri.

Kecil tapi banyak fungsi

Jika dilihat, lubang kecil ini bukan hanya berfungsi sebagai saluran udara.

Sebenarnya, kopi yang disimpan di dalam cawan tersebut mempunyai kandungan wap yang sangat tinggi disebabkan oleh suhunya yang panas.

Oleh itu, lubang kecil ini membolehkan wap keluar dan menghalangnya daripada terkumpul di dalam cawan, tanpa menyejukkan minuman dengan terlalu cepat.

Namun, lubang pengudaraan kecil ini juga mempunyai fungsi lain yang mungkin lebih penting. Tanpa kita sedari, apabila bibir diletakkan rapat pada lubang penutup cawan yang tertutup, ia akan membentuk satu kedapan udara.

Ini menyebabkan satu vakum ringan terbentuk di dalam cawan apabila minuman tersebut disedut keluar.

Lubang kecil ini juga dikenali sebagai pressure equalization port, bukan sahaja membenarkan wap keluar, malah membolehkan aliran udara masuk secara berterusan dan turut mengekalkan keseimbangan tekanan di dalamnya.

BACA: 4 Fakta Buruk Tentang Berus Gigi, Nombor 1 Paling Tak Sangka

Pengudaraan

Semakin stabil aliran udara yang melalui lubang pengudaraan ini, semakin lancar aliran kopi yang akan keluar melalui lubang tersebut.

Jika lubang tersebut terlalu kecil atau tersumbat dengan buih minuman anda, aliran air tersebut mungkin akan tersekat-sekat dan anda juga mungkin akan minum dalam keadaan tersedut-sedut.

Apabila aliran udara terganggu, vakum juga akan mula terbentuk dan kopi tidak akan mengalir keluar dengan lancar.

Secara ringkasnya, proses ini juga hampir sama dengan eksperimen yang dilakukan sewaktu sekolah dahulu di mana kita mencari cara untuk mengetahui kaedah terpantas mengosongkan botol air.

Apabila menterbalikkan sahaja botol tersebut, air akan keluar secara tersekat-sekat dan bersepah. Sebaliknya, sekiranya kita menggoncangkan botol terlebih dahulu, ia akan mencipta satu pusaran di dalam botol yang membolehkan air dan udara bergerak lancar antara satu sama lain.

Jadi sebenarnya, setiap ciri-ciri khas yang diciptakan itu bukanlah disengajakan, ia sebenarnya mempunyai fungsinya yang tersendiri.

BACA: Bukan Saja-Saja, Rupanya Ini Sebab Bola Tenis Berwarna Kuning

Sumber: Mental Floss