Siakap Keli

NOIR pecah tradisi, Taja Program Hiburan Buat Pertama Kali

Syarikat berasaskan kecantikan halal dan premium, Noir Health & Beauty Sdn Bhd buat kali pertamanya telah berjinak-jinak untuk menjadi penaja utama kemuncak Anugerah Juara Lagu edisi ke 36 (AJL 36) selepas empat tahun mengukuhkan jenama dan populariti rangkaian produk yang dipasarkan.

Penajaan itu sekali gus akan membawa debaran anugerah yang mengangkat bakat komposisi itu ke pelusuk negara dengan program jelajah NOIR AJL36.

Syarikat yang diasaskan oleh Eriyca Baiduri atau lebih mesra dikenali sebagai Madammu sejak tahun 2017 itu akan memperkenalkan pasukan #gengcantiknoir sebagai jentera utama yang bakal mengemudi siri jelajah ini.

Madammu yang pada baru-baru ini turut muncul dalam pentas Semi Final Muzik Muzik 36 (sfmm36) berasa amat teruja dengan kolaborasi strategik bersama program hiburan televisyen paling popular itu.

Madammu menjadi tetamu Semi Final Muzik Muzik 36 baru baru ini sebagai penaja utama anugerah berprestij itu sambil ditemubual Sissy Imann.

Siri jelajah yang dijangka bakal bermula pada 24 Januari dan tamat pada 26 Februari depan di Utara, Selatan, Pantai Timur hinggalah ke Lembah Klang itu akan diserikan dengan kehadiran #gengcantiknoir.

Madammu bersama pasukan #gengcantiknoir untuk siri jelajah NOIR AJL 36

“Ia juga merupakan misi mempromosi program usahawan NOIR dengan objektif ingin menarik lebih ramai wanita yang ingin memulakan perniagaan tanpa modal dan boleh mencapai pendapatan hingga RM10,000 sebulan.

“Tak ketinggalan untuk mempromosi jenama produk ini dan bertemu Madammu secara dekat,” katanya.

Pada acara sfmm36 itu, Khai Bahar dan Aina Abdul yang juga bolos sebagai finalis AJL 36 turut dinobat sebagai Penyanyi Pilihan NOIR.

Dalam pada itu, pada 31 Disember lalu juga, jenama ini turut menganjurkan sebuah acara untuk menghargai agen, stokis atau ahli menerusi Majlis Penyampaian Hadiah Purple Bonanza.

Pertandingan yang dianjurkan sejak Februari hingga Ogos lalu itu menawarkan pelbagai ganjaran hebat berupa sebuah kereta Proton X50 untuk pemenang utama dan dua buah Proton Iriz serta 10 biji motosikal kepada ahli berprestasi tinggi yang menang dalam Cabutan Bertuah Purple Bonanza.

Walaupun dunia dilanda dengan wabak pandemik COVID-19 dan ramai yang terkesan olehnya, Noir telah berjaya membuktikan bahawa jenama produk kencantikan tempatan itu kalis dengan cabaran dan berjaya menghasilkan usahawan wanita yang mampu menjana pendapatan bulanan sehingga mencecah puluhan ribu ringgit.

NOIR pernah dinobatkan sebagai Produk Penjagaan Kulit Premium Terbaik di Asia Halal Brand Award (AHBA) 2019.

Noir turut menerima Anugerah Superbrands Malaysia 2020 dalam Kategori Kesihatan & Kecantikan dan The BrandLaureate – The World’s BestBrands e-Branding Awards dalam kategori “Cosmetic and Skin Care Solution.

“Layari www.jelajahnoirajl36.com untuk butiran lanjut siri jelajah ini.

“Ikuti juga perkembangan semasa di Facebook dan Instagram NOIR Health & Beauty,” katanya.

Aqmal Ezany

I write what is right