Siakap Keli
Kredit: Children Without Internet

(Video) Tak Perlukan Talian Internet, Permainan Orang Lidi ’Battle’ Dikawal Tali Jadi Perhatian, Ini Cara Nak Buat

Dalam zaman serba canggih, ramai antara kanak-kanak sering bermain permainan dalam telefon pintar secara atas talian. Malah, bukan sahaja anak-anak, tetapi ibu bapa pun ada yang ketagih dengan permainan Internet.

Sedar tak sedar, permainan tradisional semakin hilang ditelan zaman. Namun, bagi mereka yang tinggal di pedalaman atau perkampungan, masih ada kanak-kanak yang menghiburkan diri dengan permainan tradisi.

Dalam satu video dikongsikan Children Without Internet di Twitter, dua orang kanak-kanak dilihat sedang bertarung menggunakan orang lidi yang dibuat daripada kayu seakan ranting.

Dua patung itu dikawal menggunakan benang melalui ruang di celahan meja kayu diduduki dua kanak-kanak berkenaan. Tonton videonya di bawah.

Pasti ada yang tertanya-tanya cara pembuatannya, kan? Bagi menghasilkan patung ini, anda memerlukan buluh kecil ataupun kayu yang mempunyai rongga di dalamnya untuk memasukkan tali. Malah menurut Sata Production, anda juga boleh menggunakan pensel bagi membuat permainan ini.

Nak tahu caranya? Tonton video di bawah. Bolehlah ibu bapa buatkan mainan ini untuk anak-anak nanti. Mesti mereka suka.

Sumber: Children Without Internet, Sata Production

Amira

Love yourself.