Siakap Keli
Gambar: Bernama

Bayaran i-Citra Adalah Untuk 5 Bulan, Bergantung Bila Permohonan i-Citra Dibuat – KWSP

Pembayaran akhir i-Citra bergantung kepada tarikh permohonan dilakukan, demikian jawapan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ketika menjawab pertanyaan mengenai pembayaran terakhir tersebut.

Menurut KWSP, pembayaran i-Citra dilakukan dalam tempoh lima bulan. Justeru, pembayaran terakhir adalah pada bulan kelima selepas permohonan dilakukan.

“Bayaran i-Citra adalah untuk 5 bulan; bergantung pada bila permohonan i-Citra dilakukan. Sekiranya bayaran pertama anda pada Ogos 2021, maka bayaran akhir adalah pada Disember 2021.”

Untuk pertanyaan lanjut, ahli boleh menghubungi Hotline i-Citra: 03-89224848 (8am-5pm) atau membuat pertanyaan melalui Enquiry di pautan: https://www.kwsp.gov.my/…/connect-with-us/make-an-enquiry untuk semakan dan bantuan lanjut.

Sementara itu, orang ramai diingatkan agar berwaspada dengan maklumat palsu berkenaan pengeluaran i-Citra.

Hal ini berikutan mesej tular mengenai kononnya terdapat sekatan pengeluaran wang di mana ahli perlu menghubungi mereka untuk sebarang maklumat.

Pun begitu, KWSP menjelaskan mesej tersebut adalah palsu, sebaliknya ahli digalakkan untuk mendapatkan sebarang maklumat mengenai i-Citra melalui platform rasmi KWSP.

“KWSP ingin menegaskan bahawa mesej berkenaan pengeluaran i-Citra yang sedang tular melalui SMS adalah tidak benar. Ahli digalakkan untuk mendapatkan maklumat sahih mengenai i-Citra melalui mesia sosial rasmi KWSP atau dengan menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000,” tulis badan itu dalam satu kenyataan.

Sumber: KWSP

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.