Sepasang suami isteri terkejut apabila bayi kembar mereka dilahirkan pada tahun yang berbeza dan hanya selang 15 minit sahaja, lapor Daily Star.
Fatima Madrigal dan pasangannya, Robert Trujillo menyambut kelahiran bayi lelaki mereka, Alfredo hanya beberapa minit lebih awal daripada adiknya, Aylin.
Si kecil Alfredo dilahirkan pada Malam Tahun Baru, iaitu pada pukul 11.45 malam, manakala adiknya pula lahir tepat jam tengah malam.
Kredit : Daily Star
Berat bayi perempuan kira-kira 5paun 14oz kerana dia merupakan bayi pertama yag dilahirkan di Pusat Perubatan Natividad dan di Monterey Country, Amerika Syarikat pada tahun 2022 dan abangnya pula seberat 6 paun 1 oz.
“Saya tidak sangka bahawa mereka dilahirkan pada tahun yang berbeza”, jelas Fatima dalam kenyataan akhbar di California.
“Saya terkejut dan gembira kerana dia (bayi perempuan) lahir tepat jam tengah malam.”
Kredit : Daily Star
Menurut Dr. Ana Abril Arias, beliau menyifatkan kelahiran bayi kembar ini sebagai ‘salah satu kelahiran paling diingati dalam kerjayanya’.
“Ini adalah suatu penghargaan kerana dapat menyambut kelahiran bayi-bayi kecil ini dengan selamat pada tahun 2021 dan 2022”, katanya.
“Cara yag menakjubkan untuk memulakan Tahun Baru!”
Pasangan bayi kembar itu akan disambut pulang oleh tiga adik mereka yang terdiri daripada dua perempuan dan seorang lelaki.
Memetik daripada laporan Daily Star, anak sulung mereka berasa teruja kerana salah seorang bayi itu merupakan bayi lelaki dan keluarganya tidak sabar untuk bertemu dengan mereka.
Kredit : NY Post
Menurut Pusat Kawalan Penyakit, kira-kira 120, 000 kelahiran kembar di Amerika Syarikat setiap tahun yang membentuk lebih 3% daripada semua kelahiran.
Walau bagaimanapun, kembar yang dilahirkan pada hari yang berbeza adalah lebih jarang dengan anggaran satu dalam 2 juta.
Terdapat satu kejadian yang sama terjadi apabila seorang wanita Indiana pernah melahirkan anak kembar pada 31 Disember 2019 jam 11.37 malam dan seorang lagi dilahirkan pada 1 Januari 2020 ketika jam menginjak pukul 12.07 pagi.