Siakap Keli
Gambar: Sinar Harian

Parit Tersumbat Akibat Banjir, Anggota Bomba Menyelam Setengah Jam Tolong Cuci

Parit dipercayai tersumbat akibat banjir, lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan dilaporkan terpaksa menyelam antara lima hingga 10 minit untuk membersihkannya.

Memetik laporan Sinar Harian, itu antara operasi yang dilaksanakan pada Isnin selepas kampung yang dilanda banjir masih tidak surut walaupun keadaan sudah pulih sepenuhnya.

Salah seorang anggota yang terlibat dalam operasi tersebut, Muhammad Yusri Abdullah Sani berkata operasi itu dilaksanakan selepas ketuanya menerima laporan daripada penduduk di Kampung Segaliud yang memaklumkan mengenai parit tersumbat sehingga menyebabkan kampung mereka tidak pulih dari banjir.

“Rondaan telah dibuat di kawasan yang terjejas banjir sebelum ini dan mendapati beberapa kampung sudah surut ketika itu tetapi Kampung Segaliud masih dilanda banjir.

“Apabila anggota kita periksa dengan menyelam di kedalaman hampir dua meter di parit berkenaan mendapati ada satu tangki tersumbat di dalam saluran kumbahan,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, seramai lima anggota yang terlibat menyelam secara berganti-ganti selama setengah jam untuk memecahkan tangki berkenaan.

“Melihat keadaan parit itu, memang agak bahaya sebab air berada paras kepala dan kami terpaksa menyelam berganti-ganti selama lima hingga 10 minit bagi memecahkan tangki berkenaan daripada terus tersumbat,” katanya.

Selepas setengah jam, tangki itu akhirnya dapat dipecahkan dan seterusnya air di dalam parit mula mengalir.

Sumber: Sinar Harian

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.