Siakap Keli

Peminat Tergamam, Hannah Delisha Buat “Surprise” Jadi Akak “Delivery” Hantarkan ‘Mekdi’ Sampai Depan Rumah

McDonald’s atau nama popularnya, Mekdi memang begitu sinonim dengan rakyat Malaysia dan selalu je ada berita gembira yang membuatkan kita semua teruja.

Sempena tahun baharu ini, jenama ikonik ini sekali lagi hadir dengan surprise yang bakal membuatkan semua pelanggan setianya teruja dan tak sabar-sabar nak ikut serta.

Karnival McDelivery, Dari 1 Jan hingga 28 Februari ini

Haaa, untuk korang yang kaki McDelivery, bermula 1 Januari hingga 28 Februari 2022 ni McDonald’s ada kejutan khas untuk korang melalui Karnival McDelivery. Tak sabarnya rasa, kejutan apa tu?

Kejutan Khas #SelebHantarMeals, 1 hingga 11 Januari

Untuk tempoh ini, korang berpeluang sertai peraduan untuk bertemu dengan selebriti popular tanah air yang akan menghantar pesanan hingga ke pintu rumah 12 orang pelanggan bertuah melalui kempen #SelebHantarMeals.

Wowwww, biar betul ni? Siapa je selebriti yang terlibat dengan kempen ni?

McDelivery #SelebHantarMeals menampilkan abang-abang dan juga akak-akak delivery iaitu Hannah Delisha, Aiman Hakim, Zahirah MacWilson, Khai Bahar, Alif Satar dan Nabil Ahmad.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hannah Delisha (@hannahdelisha)

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khai Bahar (@khaibahar94)

 

Bayangkan Hannah Delisha ataupun Alif Satar tiba-tiba ada depan pintu rumah tolong hantarkan pesanan korang? Wowww, memang tergamam habis la kan, ibarat mimpi jadi kenyataan.

Macam mana nak minta selebriti ni tolong hantar pesanan kita?

So, untuk menyertai peraduan #SelebHantarMeals yang diadakan dari 1 hingga 11 Januari ini, semasa buat pesanan dekat McDelivery, korang cuma kena masukkan kod unik selebriti pilihan yang korang nak sangat-sangat bertemu contohnya “HANNAHDELISHA” atau “ALIFSATAR”.

Korang boleh tengok kat bawah untuk kod penuh setiap selebriti.

Pastikan korang order karnival kombo istimewa yang ditawarkan pada minggu 1 dan 2 untuk melayakkan korang menyertai peraduan ini. Lagi banyak korang beli, lagi banyak korang masuk peraduan ni, lagi cerah peluang nak bertemu selebriti pujaan korang tau.

12 pemenang bertuah akan menerima notifikasi daripada McDonald’s sebelum selebriti pilihan hadir menghantar pesanan yang dibuat.

Jadi, tunggu apa lagi? Jom sertai peraduan #SelebHantarMeals sekarang! Untuk maklumat lanjut, layari laman web McDonald’s Malaysia.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.