Siakap Keli

Barang Kat Pasar Semua Naik Harga, Tapi MR.DIY Lagi ‘Gila’ Sampai Buat Korang Tak Nak Keluar Dari Kedai

Bila cakap pasal MR.DIY ni, kau bagitau aku, ceruk mana yang tak ada cawangan. Dah ada lebih 800 cawangan seluruh Malaysia. Kat kampung aku di Jelebu tu pun ada dua dah cawangan MR.DIY. Senang gila bila nak beli mentol ke hammer ke pasu ke penyapu ke, semua benda ada kat situ. Sebab tu orang kita panggil kedai ‘Hantu’. Plan nak beli mentol je sekali keluar RM200 habis beli barang penuh troli.

Bila dah ada 800 lebih cawangan ni, dah tentulah setiap hari yang datang sebagai pelanggan tu orang Malaysia dan bila orang Malaysia ditimpa musibah banjir sekarang ni, MR.DIY nak ‘Serve back to community’. Bermula dari 1 Januari sampai 31 Mac 2022, MR.DIY lancarkan Price Lock – Harga Kami Tetap Sama (HTKS). Ini bermakna tiada kenaikan harga di semua cawangan MR.DIY termasuk MR.TOY dan MR.DOLLAR.

Macam mana pulak HTKS ni boleh membantu mangsa banjir? Bukan barang percuma pun kan? Sabar dulu abang kakak, MR.DIY buat HTKS ni bertujuan untuk tidak membebankan rakyat Malaysia terutama yang dilanda banjir. Rumah banyak rosak, banyak kelengkapan rumah nak beli baru dan barang-barang kat MR.DIY tak naik harga pun. Korang boleh tengok kat website MR.DIY, MR.TOY dan MR.DOLLAR. Semua barang best-best tau. Murah-murah pulak tu. Meh cuci mata barang-barang yang ada kat MR.DIY.

MR.DIY

 

MR.DOLLAR

So, ringanlah sikit beban mangsa-mangsa banjir. Sekarang ni sayur, ayam, daging semua naik harga tapi MR.DIY takkan naik harga sampai 31 Mac 2022. MR.DIY tu dah murah dah, tapi meh sini nak cerita pasal MR.DOLLAR pulak. Harga tetap sama iaitu RM2 atau RM5 je wei. Jom tengok apa barang-barang yang ada. Wajib tergoda kalua tengok harganya.

 

MR.TOY

Untuk anak-anak korang pun ada. Bila masuk MR.DIY mesti pergi seksyen mainan kan? Sebab tulah MR.TOY wujud. Untuk happykan anak-anak korang dengan mainan yang berkualiti dan selamat. Pun ‘Harga Kami Tetap Sama’ tau. Meh cuci mata mainan apa yang ada. Mana tau nak beli hadiah birthday ke nak reward anak sebab rajin kat rumah ke semua boleh.

Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Price Lock: Harga Kami Tetap Sama’, layari laman web MR. DIY serta, kalau korang nak tau apakah antara barangan yang masih pada harga sama, korang juga boleh layari MR. TOY dan MR. Dollar.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)