Siakap Keli

(Video) Bakat Luar Biasa, Abang Ni ‘Belanja’ Skill Lukis 4 Potret Terbalik, Serentak Guna Kaki & Tangan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap manusia mempunyai bakat yang tersendiri dan ia haruslah sentiasa diterokai serta digunakan sebaiknya. Misalnya bakat melukis. Dengan usaha dan latihan yang berterusan, korang pasti akan mendapatkan hasil yang terbaik.

Bercakap mengenainya, baru-baru ini tular satu video yang memaparkan  pengguna TikTok, Saiful Qhaif yang berkongsikan mengenai karya lukisannya.

Namun apa yang menarik perhatian adalah dia menggunakan kedua-dua belah tangan dan kakinya untuk melukis empat potret sekaligus.

Lebih mengagumkan, Saiful melukis potret itu dalam keadaan terbalik tetapi hasilnya sangat mengujakan.

Menerusi video itu, Saiful dilihat melukis potret penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, penyanyi legenda, Allahyarham Sudirman dan pemain bola sepak, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

@saiful_thaqif

4 stroke #saifulart

♬ original sound – SAIFUL THAQIF – SAIFUL THAQIF

Dihubungi oleh SK, Saiful berkata dia mula minat melukis sejak dari kecil lagi dan lebih serius dalam bidang itu pada awal Januari 2021.

“Dengan membuka akaun TikTok, di situ segalanya bermula,” katanya.

@saiful_thaqif

Reply to @lopeyou_110114 LUKIS SOLOZ GUNA GARFU #saifulart

♬ original sound – SAIFUL THAQIF – SAIFUL THAQIF

Dalam satu video yang lain, dia juga dilihat berjaya melukis potret dengan menggunakan garfu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen ‘cemburu’ dan kagum melihat bakat lukisan Saiful itu serta ada yang memintanya untuk melukis dengan menggunakan anggota badan yang lain seperti hidung dan mulut.

Dari planet mana

 

Anugerah Allah

Nanti lukis pakai hidung pulak

 

 

Sumber: Saiful Thaqif

Sofea

There's always another side to every story