Siakap Keli
Sumber: South China Morning Post

(Video) Pemandu Ikut Arah Navigasi Hingga Jalan Sempit, Trak ‘Tergantung’ Setinggi 300 Kaki Di Tebing Bukit Selama 3 Hari

Sebuah video tular memaparkan detik cemas sebuah trak yang ditinggalkan tergantung di tepi cenuram setinggi 330 kaki di China, lapor South China Morning Post.

Menerusi perkongsian video, lori tersebut dikatakan terperangkap di sana selama tiga hari.

Menurut pemandu, dia dikatakan hanya mengikut pandu arah sebuah navigasi. Tetapi pandu arah tersebut menyebabkan lori berkenaan terperangkap di tengah-tengah jalan sempit.

Apabila pemandu cuba untuk undur lori tersebut, ia malah semakin tergelincir ke bahagian bawah.

Lori itu kemudiannya diangkat dengan forklifts. Tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan.

Sumber: South China Morning Post

Nadhirah