Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kontroversi Lumba Jalan Kaki: Olahraga Malaysia Tampil Beri Penjelasan

Lumba Jalan Kaki
Kredit: Facebook Olahraga Malaysia

Olahraga Malaysia (MA) tampil hari ini tampil memberikan penjelasan susulan klip tular berhubung kontroversi acara lumba jalan kaki di media sosial baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan yang dikongsikan, MA memaklumkan akan terus meneliti perkara ini, termasuk mendapatkan penjelasan daripada pihak berkaitan.

Pada masa yang sama, MA akan menjalankan semakan dalaman terhadap aspek teknikal pengadilan dan peranan pegawai pertandingan bagi mengenal pasti ruang penambahbaikan, selaras dengan persiapan menghadapi Sukan SEA 2027 yang akan berlangsung di Malaysia.

“Semakan ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh standard pengadilan, penyelarasan teknikal dan pengurusan pertandingan olahraga agar setiap atlet mendapat layanan yang adil serta pertandingan berlangsung mengikut peraturan yang ditetapkan,” maklum MA.

Dalam pada itu, MA turut mengadakan pertemuan bersama atlet lumba jalan kaki berusia lapan tahun, Wafiyyatulhusna Redza pada hari ini.

Ia bagi mendapatkan perkembangan terkini serta mendengar sendiri perkongsian daripada beliau dan keluarganya berhubung isu yang tular baru-baru ini.

Hadiahkan Sepasang Kasut Baharu

“Pertemuan tersebut dihadiri Setiausaha Agung Olahraga Malaysia, Nurhayati Karim, bersama jurulatih Wafiyyatulhusna, Rozaina, serta bapanya, Mohd Anasredzamuzammal.

“Dalam pertemuan itu, Nurhayati menyatakan rasa bangga terhadap disiplin dan keteguhan Wafiyyatulhusna yang terus mematuhi peraturan meskipun berdepan situasi yang mencabar. Sebagai tanda sokongan dan galakan, MA turut menghadiahkan sepasang kasut larian baharu kepada atlet muda berkenaan.

“Bapanya turut merakamkan penghargaan atas keprihatinan dan usaha MA dalam memberi perhatian kepada isu tersebut, meskipun kejohanan berkenaan bukan anjuran MA,” kata MA lagi.



Intipati
  • Olahraga Malaysia akan meneliti isu tular acara lumba jalan kaki baru-baru ini.
  • MA turut merancang semakan dalaman terhadap pengadilan dan peranan pegawai pertandingan.
  • Wafiyyatulhusna Redza bertemu MA, yang menghadiahkan sepasang kasut larian baharu kepadanya.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan