Siakap Keli

Ramai Tak Tahu Kad Pengenalan Boleh Tukar Atau Ganti Secara ‘Online’ Je

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kad pengenalan atau MyKad merupakan kad paling penting buat semua rakayat Malaysia. Bukan hanya berfungsi sebagai pengesahan identiti sahaja malah ia juga digunakan dalam pelbagai urusan.

Boleh bayang kalau hilang kad pengenalan boleh jadi tak keruan seseorang itu. Ya la, fikir nak ke JPN lagi, nak beratur di kaunter lagi macam-macamlah tambah pula dengan musim pandemik sekarang ini mesti renyah.

Sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa Mykad atau kad pengenalan yang rosak atau hilang boleh diganti melalui atas talian sahaja. Korang tak perlu beratur di kaunter lagi.

Seperti perkongsian daripada pemilik akaun Twitter ini, Anis Suraya berkongsi cara untuk orang ramai tukar atau ganti kad pengenalan yang hilang menerusi atas talian sahaja.

Cara tukar Mykad rosak atau hilang melalui atas talian

Ini cara dan langkah yang korang kena tahu.

1. Click link ni https://jpn.gov.my/my/

2. Click ‘KAD PENGENALAN’ 

3. Pilih gantian kad pengenalan secara dalam talian.

Nanti kena sign up dulu, then baru boleh isi permohonan penggantian kad pengenalan.

3. Buat payment ikut jenis penggantian & boleh bayar through FPX or card.

Done! Then kena selalu check la status kad pengenalan korang dah siap ke belum.

Btw, ni anis nak share 11 & 12 Januari nanti ada Career Fair Baskin Robbins dekat Mid Valley KL. Siapa yang tengah cari kerja, boleh la pegi Walk-In Interview tu. Nah click link ni kalau nak apply > https://bit.ly/BRhiring

 

Sumber: Anis Surayaa

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang