Siapa sahaja yang tidak seronok lebih-lebih lagi diberi peluang untuk melancong ke luar. Bermacam-macam rancangan yang telah dibuat untuk merakamkan kenangan di tempat asing walaupun dalam negara sendiri.
Baru-baru ini tular sebuah rakaman video di media sosia Tiktok apabila seorang wanita disangka terjun daripada pintu kapal terbang.
Video tersebut telah dimuat naik dan dikongsikan di akaun TikTok shefirad apabila aksi yang ditunjukkan oleh wanita tersebut telah mengejutkan warganet.
Bayangkan jika kita melihat orang terjun longkang pun dah risau, inikan pula kapal terbang.
Menerusi video tersebut, seorang wanita bertudung kelihatan melangkah keluar melalui pintu pesawat. Di hadapannya pula terbentang luas permandangan langit yang membiru dan dihiasi awan putih.
Tanpa rasa takut, wanita itu selamba sahaja berjalan di atas sayap pesawat sambil melayangkan sehelai kardigan lalu disangkut ke bahunya.
Tindakan yang dilakukan olehnya berjaya membuatkan ramai orang terkejut.
Akan tetapi, apabila rakaman menunjukkan permandangan sebenarnya, wanita itu hanya berada di dalam pesawat yang tidak diterbangkan. Rupa-rupanya, pesawat tersebut hanya digunakan sebagai tempat untuk mengambil gambar.
Berdasarkan laporan Berita Hits, pesawat itu terletak di atas tebing hijau berhampiran dengan lautan. Pengunjung yang menaiki kapal terbang tersebut boleh melihat pemandangan laut yang luas dari arah atas.
Video yang dimuat naik ini telah mendapat jumlah tontonan sebanyak 6.7 juta. Rata-ratanya sangat terkejut melihat aksi yang dilakukan.
@shefirad Bali
Sumber : Berita Hits