Siakap Keli
Gambar via Mothership.sg

(Video) Wanita Tampar Lelaki Tanpa Henti Lebih 3 Minit Setelah Lelaki Tersebut Didakwa Mencabulnya Dalam Tren

Seorang lelaki di Nanjing, China telah ditampar bertubi-tubi selepas didakwa mencabul seorang wanita ketika berada di dalam gerabak keretapi.

Memetik Mothership.sg, wanita tersebut telah menampar lelaki berkenaan selama lebih tiga minit sambil memarahinya.

“Awak nak sentuh saya? Sentuh sekali lagi dan lihat apa yang jadi!” kata wanita itu semasa menampar lelaki berkenaan, sambil diperhatikan penumpang lain.

Lelaki berkenaan dikatakan tidak memberikan jawapan malah hanya terus menunduk. Penumpang lain di dalam tren tersebut juga hanya duduk dan melihat perkara itu berlaku tanpa masuk campur.

Tambah portal itu, wanita berkenaan mendakwa lelaki itu telah menyentuh punggungnya.

Suspek tersebut kemudiannya diiring staf keretapi sebelum ditahan polis.

Sumber: Mothership.sg

Amira

Love yourself.