Siakap Keli
Kredit: William Khaw

Lidah Bercabang Bertembung, Biawak Dan Ular Tedung Guna Lidah Untuk ‘Menghidu’ Satu Sama Lain

Setiap benda hidup di dunia ini mempunyai personaliti atau tingkah tersendiri. Bukan sahaja manusia, malah haiwan juga mempunyai keunikannya tidak kira jinak atau buas.

Sudah ramai orang yang menyaksikan sendiri perilaku aneh yang dilakukan oleh binatang buas, lebih-lebih lagi jenis reptilia. Ada yang berpelukan seperti sudah lama tidak jumpa dan macam-macam lagi.

Memetik laporan daripada Mothership, seorang lelaki telah merakam adegan aneh yang dilakukan oleh dua ekor reptilia asli.

Kredit: William Khaw

Jurugambar, William Khaw, berkongsikan rakaman tersebut di laman kumpulan Facebook Singapore Wildlife Sightings pada 22 Disember 2021.

Berdasarkan laporan, Khaw telah menemui pertemuan antara biawak pemantau dan ular tedung di Taman Pasir Ris.

Dia kemudian merakamkan momen tersebut apabila kedua-dua haiwan tersebut hampir menyentuh lidah bercabang mereka.

Dikatakan sedang menghidu antara satu sama lain, dua ekor haiwan reptilia itu menggunakan lidah mereka untuk menghidu persekitaran mereka dengan mengambil zarah bau.

Ketika lidah biawak tersebut hampir mengenai muka ular, ular tedung yang lebih kecil itu berdiri tegak menghadap dengan biawak monitor itu secara langsung. Ular tedung itu juga melebarkan kepalanya sebagai sebahagian daripada pertahannya.

Dia memberitahu Mothership berkata bahawa biawak tersebut mengundur dengan memberi ruang yang luas kepada ular itu dan berlalu pergi.

Apa yang dilakukan oleh biawak tersebut merupakan tindakan yang sepatutnya kita lakukan jika terjumpa ular berbisa itu.

Kredit: William Khaw

Ular tedung merupakan salah satu spesis ular asli yang berbisa yang terdapat di Singapura, lapor Mothership.

Walaupun gigitannya mungkin membawa maut, kebiasaannya haiwan tersebut tidak agresif jika dibiarkan begitu sahaja.

Keupayaannya menyembur racun ke dalam mata mangsa boleh menyebabkan kerosakkan kekal pada tisu di sekeliling mata.

Disebabkan itulah biawak pun lebih bijak tidak mencari pasal dengan ular walaupun pada hakikatnya biawak tersebut nampak lebih besar daripadanya.

Sumber : Mothership

Fathin Nadzira