Siakap Keli
Gambar: Fatimah Tahir

Akak-akak Kena Tahu, Ini Jenis Mesin Basuh & ‘Dryer’ Paling Sesuai Untuk Bilik ‘Laundry’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bilik dobi atau selalunya kita kenali sebagai laundry dilihat semakin popular dalam kalangan pemilik rumah. Bagi mereka yang gemar menghiasi rumah sudah tentu berkeinginan untuk memiliki bilik khas hanya untuk proses mencuci, mengeringkan dan melipat pakaian.

Tetapi mungkin ada antara anda yang tidak tahu dari mana hendak mula untuk menghasilkan bilik laundry ini. Mesin basuh jenis yang macam mana sesuai untuk dibeli, pengering pakaian yang bagaimana, perlu ada ampaian ataupun tidak dan sebagainya.

Malah mungkin ada juga antara anda yang jenis mementingkan kos yang melibatkan bil elektrik dan bil-bil lain untuk menghasilkan bilik laundry tersebut.

Jangan risau, kerana seorang warga Group Facebook Kelab Kaki Deko, Fatimah Tahir ada berkongsikan idea untuk menghasilkan sebuah bilik laundry dengan mesin basuh dan dryer yang sesuai.

Jom ikuti perkongsian ini.

Wanita Kongsi Mesin Basuh & Pengering Pakaian Yang Sesuai Untuk Bilik ‘Laundry’

Dah lama berimpian untuk ada Laundry Room (Bilik Dobi), dan selepas 8 tahun bila pindah di rumah baru, impian jadi kenyataan. Banyak mencari-cari idea perkongsian di dalam group ini, Just a simple Laundry Room. 

Masa nak decide beli washer dan dryer banyak sangat dilema untuk memilih. Dari segi jenama, mesin 2 dalam 1 atau asing-asing, nak beli di mana dan lain-lain. Banyak yang perlu dipertimbangkan. Just sharing mana tahu ada yang tercari-cari juga. 

1. Washer Electrolux 8kg front loader

Kredit: Fatimah Tahir

Banyak jenama yang dicadangkan di dalam group Kelab Kaki Deko ini dan hasil pencarian banyak pro dan kontra. Akhir sekali pengguna memilih washer jenama Electrolux 8kg inverter front load. Semasa mula-mula pengguna dikatakan merancang untuk beli di Seng Heng tetapi di sana harganya agak mahal dan kemudian pengguna survey di laman membeli-belah Shopee dan Lazada.

Harga di kedua-dua laman itu adalah lebih murah cuma mungkin mendatangkan kerisauan pada awalnya jika anda tidak biasa beli online barang elektrik. Boleh beli semasa sale bulanan misalnya masa sale 7.7 melalui Lazada dan harga RM1500 ke atas. Penghantaran melalui lori. 

Selepas 3 bulan lebih penggunaan, pengguna amat berpuas hati dengan prestasinya. Mula-mula saya tak berapa pandai nak guna tetapi setelah mengikuti manual, boleh set paling cepat iaitu 15 minit dan lain-lain ikut pada baju. 

Biasa guna Daily 60 boleh ambil masa 1 jam. Untuk baju cotton pun pernah cuma ambil masa lebih lama sedikit. Selalunya memang ada masalah sebab pernah tersalah setting yang sesuai, tetapi dari situ kita belajar. Semasa membasuh boleh buat tambahan baju dan tiada masalah. 

Bagi Washer Front Load, memerlukan sabun yang sesuai dan saya guna Kao Attack Liquid Detergent dan Softener. Incase tiada dryer boleh sidai baju indoor selepas basuh dan memang mengambil masa sekejap sahaja untuk kering. 

Pengguna bersihkan washer sebulan sekali dengan menggunakan sabun khas atau ikut cara yang banyak dikongsikan di Facebook. Boleh guna bikarbonat dan cuka. 

2. Dryer

Pengguna pilih Electrolux 7kg Condenser Dryer. Beli semasa sale 7.7 dengan harga RM1800 ke atas. Menurut pengguna mesin pengering ini tidak perlu tebuk lubang untuk hose dan sesuai diletakkan di mana-mana sahaja. 

Syukur memang banyak sangat membantu. Selalu setting cotton dan baju akan kering sepenuhnya. Masa mengering dalam sejam lebih tetapi kalau dah kering boleh berhenti. Ada banyak pilihan pengeringan ikut jenis baju dan tempoh yang berbeza-beza. 

Selepas kering, biasanya kalau terus lipat memang tak berkedut sangat, tetapi kalau berkedut pun mungkin tidak teruk sangat.

Setiap kali selepas guna dryer, buang air di bahagian atas tempat air berkumpul sebab dryer jenis ini tak perlu hose dan boleh juga bersihkan habuk yang terkumpul di bahagian khas dryer.

3. Bil Elektrik

Kegusaran terbesar pengguna sebelum ini adalah jika bil elektrik yang melambung. Tetapi bulan pertama bil  pengguna ini hanya RM300 masuk bulan kedua RM200 lebih.

Bil ini meliputi penggunaan washer dan dryer setiap hari dan mampu menampung jumlah pakaian 4 orang anak 4, 3 pendingin hawa 2 water heater dan alat elektrik lain iron wap, coway, hood dan lain-lain

Rumah lama pun bil dah RM200 lebih sebab penggunaan pendingin hawa sangat tinggi.

4. Kabinet

Memang rancang untuk buat ruang khas lipat baju atas washer dan dryer, tempah sekali semasa buat kabinet dapur kos dalam RM800.

5.  Ampaian

Menurut pengguna, adalah lebih baik untuk sediakan bilik dobi andai kata ingin sidai baju atau angkat baju sebaik sahaja baju itu kering. Hal ini memudahkan proses untuk menggosok pakaian. 

Tambah pengguna, penggunaan mesin basuh dan juga mesin pengering pakaian sememangnya sangat membantu dalam memudahkan urusan rutin sehari-hari. Jenama apa yang digunakan tidak memberi kesan sama sekali. Asalkan murah dan sesuai dengan bajet masing-masing. 

Kredit: Fatimah Tahir

Sumber: Fatimah Tahir melalui FB Kelab Kaki Deko

Nadhirah