Siakap Keli

Awasi ‘Anxiety’ Anak-Anak Dari Awal, Boleh Jadi Punca Masalah Psikologi Di Usia Dewasa

Kenyataan dan imaginasi merupakan hal yang sukar untuk dibezakan namun ianya bukanlah perkara yang kita boleh ambil mudah. Keadaan ini adalah tanda seseorang itu mempunyai gangguan mental.

Dalam dunia perubatan, ianya dikenali sebagai psikologi yang merujuk kepada gangguan mental ketika seseorang itu mengalami khayal, halusinasi dan masalah untuk berfikir. Jika dibandingkan dengan orang yang lebih berusia atau separuh usia, gangguan mental lebih cenderung menyerang mereka yang lebih muda atau remaja.

Jika tidak mendapatkan rawatan lebih awal, hal yang merisaukan adalah ketika gangguan mental ini menjadi lebih parah dan akan menganggu jiwa. Penghidap penyakit mental berpotensi untuk melakukan hal-hal diluar jangkaan seperti mencederakan diri sendiri ataupun orang lain.

Ibu bapa memainkan peranan penting kerana mungkin gangguan emosi atau mental ini berlaku disebabkan hal-hal yang mencetus rasa bimbang atau cemas di masa lalu. Satu kajian menunjukkan, kanak-kanak yang berada dalam keadaan cemas yang menegangkan pada waktu kecil berisiko tinggi akan mengalami gangguan mental ketika dewasa.

Mengungkap kenyataan dari Study Finds, kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari University of Birmingham. Kajian tersebut menunjukkan bagaimana keadaan cemas seorang kanak-kanak boleh dikaitkan dengan gangguan psikologi ketika dewasa.

Merujuk artikel dari Mom’s, penyelidik kajian tersebut, kanak-kanak atau remaja yang mengalami keadaan cemas yang kerap berisiko tinggi akan mengalami masalah psikologi yang parah menjelang umur 20-an. Kajian menegaskan betapa pentingnya pencegahan awal bagi kaum muda. Hal ini supaya meraka dapat menghindari dari masalah psikologi di masa akan datang.

Kajian lanjut menunjukkan, penelitian terhadap hormon stress dan kerdangan adalah cara terbaik dalam mengawal mereka ketika berada dalam keadaan cemas. Penyelidik mengungkap hubungan keadaan cemas yang menegangkan oleh kanak-kanak dengan keadaan psikologi meraka di masa depan.

“Mereka memantau lebih dari 3800 kanak-kanak yang menjalani penilaian kesihatan mental pada usia yang berbeza.

“Hasil kajian menunjukkan, mereka yang berada dalam keadaan cemas secara berlarutan sewaktu kecil berisiko mengalami gangguan mental yang parah pada umur 24 tahun,” artikel dari Mom’s.

Isu kesihatan mentak kanak-kanak merupakan hal penting bagi ibu bapa. Tambahan pula, keadaan sekarang yang masih dalam pandemik yang membimbangkan. Pencegahan awal adalah kunci untuk memastikan anak-anak membesar dalam keadaan baik pada masa depan.

Ibu bapa perlu cakna soal keadaan anak-anak ketika meraka dalam keadaan tidak baik. Perhatikan bait-bait kata yang keluar dari mulut mereka dan tingkah laku mereka.

Sumber: Mom’s

 

 

Faiz Mustafa