Siakap Keli
Kredit : medicalnewstoday.com

Hairan, Kenapa Hidung Cepat Berair Ketika Cuaca Sejuk? Ini Sebenarnya Yang Terjadi

Musim sejuk merupakan musim yang dinantikan oleh semua orang. Cuaca yang dingin dan sejuk menjadi pilihan ramai kerana tidak terlalu terdedah dengan cuaca panas. Di luar negara khususnya, pasti akan turunnya salji dan menambahkan lagi kegembiraan kanak-kanak untuk bermain di luar.

Namun begitu, perasan tak kalau kita bermain dalam cuaca yang sejuk pasti telinga menjadi kemerahan dan hidung pula berair.

Pastinya ibu bapa akan risau jika keadaan tersebut terkena kepada anak-anak mereka, lebih-lebih lagi anak yang masih kecil.

Jadi, mengakapah udara sejuk menyebabkan hidung anak boleh berair?

Menerusi perkongsian daripada Twitter Tony Breu, lelaki ini ada menerangkan sedikit sebanyak ilmu yang diketahuinya supaya dapat memberikan manfaat kepada orang ramai.

Salah satu kajian terawal ada menjelaskan mengenai rhinorrhea yang disebabkan oleh cuaca sejuk yang yang dilakukan pada 1985.

Subjek melakukan pernafasan hidung ketika udara sejuk atau kering, ‘cold, dry air‘ (CDA) dan udara suam atau lembap. Melalui CDA inilah yang menyebabkan gejala dan meningkatan dalam mediator sel mast.

Apa yang akan mencetuskan tindak balas sel mast ini? Adakah kerana udara itu sejuk atau kering sahaja?

Jawapannya adalah berkemungkinan kedua-duanya memainkan peranan yang menyebabkan hidung boleh berair. Apabila udara kering bertemu dengan mukosa hidung, penyejatan air akan berlaku dan meningkatkan osmolariti cecair ekstraselular.

Persoalannya, kenapa ia penting?

Hyperosmolariti merupakan pencetus basofil dan sel mast yang diketahui dan ada kajian yang berkaitan sudah diterbitkan pada tahun 1981.

Pendedahan basofil kepada larutan hiperosmolar seperti manitol akan menyebabkan pembebasan histamin. Histamin ini pula pastinya memainkan peranan dalam gejala rinitis alahan yang mencerminkan mereka dalam rinitis pengantara udara sejuk.

Tetapi, sel mast tidak boleh menjadi satu-satunya pengantara. Perkara ini dicadangkan oleh eksperimen yang menunjukkan tiada penurunan dalam gejalan tersebut akibat udara sejuk atau pelepasan histamin atau antihistamin (azatadine).

Lelaki ini juga ada memaklumkan bahawa hiperosmolariti berkemungkinan telah mengaktifkan saraf nosiseptor sensitif capsaicin selain daripada pembebasan basofil dan sel mast.

Apabila hiperosmolar saline disapu melalui kertas cakera ke dalam lubang hidung, maka cairan daripada hidung akan terhasil. Akan tetapi, rhinorrhea telah dilemahkan oleh lidocaine dan capsaicin.

Ini menunjukkan bahawa hiperosmolariti dapat merangsang saraf deria.

Dalam satu kajian pemain ski mendapati bahawa penggunaan topikal atropin menumpulkan rhinorrhea disebabkan udara sejuk sebagai sokongan tindak balas kolinergik.

Penyejukan mukosa hidung berkemungkinan mempunyai beberapa peranan. Antaranya adalah dengan adanya perbezaan reseptor penderiaan sejuk , tetapi mempunyai peranan dalam rhinorrhea akibat udara sejuk yang tidak begitu jelas.

Jadi, penjelasan yang mudahnya adalah akibat daripada rembesan yang berlaku dan bertujuan untk memulihkan homeostasisi mukosa hidung selepas berlakunya pendedahan terhadap udara kering kelembapan rendah sejuk.

Apabila udara dihembuskan melalui hidung ke dalam persekitaran yang sejuk, udara tersebut akan cepat menyejuk dan membawa kepada pemeluwapan wap air.

Jadi, sebab inilah terjadinya hidung berair pada musim sejuk.

Sumber : Twitter Tony Breu

Fathin Nadzira