Siakap Keli
Gambar: Twitter Darul Quran JAKIM

Luar Biasa, Tan Mike Foong Berjaya Hafaz 30 Juzuk & ‘Tulis’ Seluruh Isi Al-Quran Dalam Tulisan Braille

Seorang pelajar mualaf yang juga berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan telah berjaya mengkhatamkan hafazan 30 juzuk Al-Quran.

Tan Mike Foong telah berjaya khatam menghafaz keseluruhan kitab suci Al-Quran tersebut setelah dua tahun mengikuti pengajian di Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Selain itu, Mike juga telah berjaya ‘menulis’ 30 juzuk Al-Quran dengan tulisan braille iaitu tulisan khas bagi mereka yang kurang upaya penglihatan sebagaimana yang telah ditetapkan dalam proforma Program Diploma Darul Quran (DQ).

Mike yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik tersebut telah mendaftar masuk Program Sijil Asas Tahfiz Darul Quran JAKIM pada tahun 2019.

Dan kini Mike sedang berada pada semester terakhir Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran Jakim.

Sementara itu, menerusi laman Facebook Darul Quran JAKIM menyatakan bahawa Mike dan rakan-rakannya akan diraikan dalam Majlis Khatam Hafazan A-Quran yang akan berlangsung pada 5 Mac 2022.

 

 

 

Sumber: Twitter Darul Quran JAKIM

Zahirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.