Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa Malaysia masih mengamalkan prosedur kawalan sempadan termasuklah pengujian dan kuarantin ke atas pengembara yang tiba di Malaysia.
Mana-mana pengembara dengan kes positif hasil ujian RT-PCR tidak akan dibenarkan masuk ke dalam negara.
Dalam kenyataan hari ini Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin juga memaklumkan SOP terkini bagi pengembara yang tiba di Malaysia dengan sejarah jangkitan wabak akan berkuat kuasa esok.
Antara SOP tersebut, pengembara yang pernah dijangkiti Covid-19 dan lengkap vaksinasi tidak perlu menjalani kuarantin wajib.
Namun, mereka perlu mengemukan bukti pernah dijangkiti Covid-19, 11-60 hari sebelum ke Malaysia, menggunakan keputusan ujian makmal dicetak atau digital.
Walau bagaiamanapun, bagi pengembara yang belum menerima vaksinasi lengkap atau tidak divaksinasi, pengembara akan dikenakan kuarantin wajib tujuh hari di stesen kuarantin.
Bagi pengembara yang mempunyai sejarah kemasukan ke hospital kerana dijangkiti Covid-19 perlu mengemukakan surat ‘Fit to travel’ daripada pengamal perubatan di hospital tersebut.
Selain itu, ini syarat-syarat pengembara perlu mematuhi keperluan-keperluan berikut semasa tiba di Malaysia;
- Pengembara dikehendaki memuat turun dan mengisi deklarasi kesihatan dalam aplikasi MySejahtera.
- Pengembara dikehendaki mengimbas QR Code “Pengembara dari Luar Negara” dengan menggunakan apliaksi MySejahtera semasa ketibaan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Malaysia.
- Pengembara perlu menjalani saringan status kesihatan termasuk mengimbas suhu badan di PMA
- Pengembara dikehendaki menjalani ujian pengesanan Covid-19 menggunakan RTK Ag di hadapan petugas kesihatan Kerajaan atau swasta yang ditempatkan di PMA.
Oleh itu, sepanjang berada di Malaysia, pengembara diingatkan agar sentiasa mengamalkan norma baharu dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
🔹 #COVID: SOP terkini bagi pengembara yang tiba di Malaysia dengan sejarah jangkitan wabak akan berkuat kuasa esok.
🔹 Pengembara dengan sejarah kemasukan ke hospital kerana #COVID-19 perlu kemuka surat “Fit to Travel” daripada hospital terlibat.
— @Khairykj pic.twitter.com/Z0VrVydGQ6
— BERNAMA (@bernamadotcom) January 12, 2022
🔹 Pengembara yang pernah dijangkiti #COVID-19 dan lengkap vaksinasi tidak perlu menjalani kuarantin wajib.
🔹 Pengembara perlu kemuka bukti dijangkiti #COVID, 11-60 hari sebelum ke Malaysia, guna keputusan ujian makmal dicetak atau digital.
— @Khairykj pic.twitter.com/zF8LsyBGmC
— BERNAMA (@bernamadotcom) January 12, 2022
🔹 Pengembara belum lengkap vaksinasi atau tidak divaksin, perlu jalani kuarantin wajib tujuh hari di stesen kuarantin – @Khairykj pic.twitter.com/j457zPNWLg
— BERNAMA (@bernamadotcom) January 12, 2022
Sumber: KKM