Siakap Keli
Gambar: @jordantugrul

(Video) Lelaki Nyaris ‘Berpisah’ Dengan Nyawa, Sempat Keluar Lif Tiba-tiba Jatuh Masa Isi Barang

Pernah tak korang alami saat-saat genting di mana tanpa sedar nyawa korang dalam bahaya?

Semua manusia memang sedia maklum bahawa malang itu tidak berbau sebab itu kita sentiasa diperingatkan agar berhati-hati dalam setiap perkara yang kita lakukan.

Tak kiralah di mana dan bila, keselamatan itu perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Menerusi satu perkongsian video yang telah dimuat naik di akaun TikTok @jordantugrul memperlihatkan seorang pemuda yang terselamat daripada nahas lif.

Dalam video tersebut dapat dilihat bahawa pemuda itu sedang membawa masuk sebuah troli berisi barangan ke dalam lif. Namun secara tiba-tiba lif tersebut terjatuh secara mengejut.

Namun pemuda tersebut beruntung kerana dia terselamat dari nahas itu apabila lif tersebut jatuh sebaik sahaja kakinya melangkah keluar.

Menerusi video di bawah ini korang dapat lihat bertapa terkejutnya pemuda tersebut apabila lif terjatuh.

@jordantugrul

This was a close one 😳

♬ original sound – Jordan Tugrul

Melihat ruangan komen kebanyakkan pengguna media sosial TikTok turut terkejut dengan situasi tersebut.

Kredit: @jordantugrul
Kredit: @jordantugrul
Kredit: @jordantugrul

Sumber: @jordantugrul

@thesiakapkeli

Orang selangor mana? Mana yg betul2 sedap ni🤔 #GreatestMakanHits #foodreview #selangor @tourismselangor

♬ original sound - Siakap Keli
" "