Siakap Keli

Dah Macam Universiti, Ini Restoran KFC Terbesar Di Dunia Boleh Muat 300 Pelanggan Satu Masa

Kentucky Fried Chicken (KFC) merupakan restoran makanan siap saji yang cukup popular di kebanyakan negara di seluruh dunia. Setakat ini, KFC dikatakan mempunyai puluhan ribu cawangan di lebih 100 negara.

Seiring nama besarnya, KFC dilaporkan telah membuka sebuah cawangan restoran terbesar mereka dengan keluasan 1,600 meter persegi. Restoran KFC terbesar ini menyediakan tempat duduk yang boleh memuatkan sehingga 300 orang pelanggan pada satu masa dan dijangka akan menjual 1.5 juta hidangan setahun.

Menurut laporan Radio Free Europe Radio Liberty, cawangan restoran terbesar KFC ini terletak di Bandaraya Baku, Azerbaijan tepatnya di stesen kereta api Sabunchu. Bangunan stesen kereta api ini dibina pada tahun 1926, hasil sentuhan arkitek N.G. Bayev.

Gambar: Twitter/Google
Gambar: Twitter/Google

Tidak hanya mencatat sejarah sebagai cawangan restoran KFC terbesar di dunia, bangunan stesen kereta api ini turut menyimpan nostalgia yang tersendiri. Stesen kereta api Sabunchu merupakan sebahagian dari sistem landasan kereta api elektrik pertama Soviet Union sejak tahun 1924.

Gambar: www.rferl.org
Gambar: thesmartlocal.com

Pun begitu, bangunan stesen kereta api berkenaan dikatakan sempat terbengkalai. Untuk ‘mengembalikan semula’ bangunan bersejarah ini, rakan francais KFC di Azerbaijan, AFK Ltd. dilaporkan telah mengeluarkan biaya sebanyak tiga juta Euro atau sekitar RM14.3 juta.

Cawangan restoran terbesar KFC di bandar raya Baku ini menerapkan pelbagai ciri menarik termasuk siling katedral di bahagian dalam restoran dan mengekalkan dua menara kubah dari binaan asal yang boleh dilihat dari luar bangunan stesen kereta api Sabunchu.

Sumber: Radio Free Europe Radio Liberty

Eyla Azri