Siakap Keli
TikTok: @wiwikindra766

(Video) Hanya Perlu Dua Jam Sahaja, Wanita Siapkan Baju Sendiri Untuk Pergi ‘Event’ Dapat ‘Order’ Dari Warganet

Bagi sesetengah orang, memakai baju baru ke majlis yang diundang sudah tidak asing lagi. Ada sesetengah orang sanggup berhabis wang untuk membeli baju baharu. Ini kerana mereka akan berasa lebih yakin setelah memakai baju baharu yang sudah pasti lebih cantik dari baju yang sedia ada.

Tetapi, berbeza pula dengan wanita ini. Menerusi satu video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @wiwikindra766, wanita ini menjahit sendiri baju untuk dipakai ke majlis. Menariknya, baju itu disiapkan dalam masa dua jam sahaja.

Dalam video tersebut, dapat dilihat bahawa wanita ini memotong kain dengan kepingan surat khabar atau biasa dipanggil pola baju. Kemudian, dia mula menjahit menggunakan mesin jahit untuk membuat butang untuk baju tersebut.

@wiwikindra766

penting jadi… 🤭 #hoby_ku_mahal #hoby #jahit #jahitsendiri #fypシ #fypシ゚viral

♬ Stereo love Fullbeat YT Scarlet Fvnky – Scarlet Fvnky

Video tersebut telah meraih sebanyak 104k tanda suka atau likes. Di ruangan komen pula, terdapat beberapa warganet yang meninggalkan komen positif seperti memuji baju yang dihasilkan itu dan ada juga yang bertanya sekiranya wanita itu ingin menjual baju tersebut.

 

Sumber: TikTok

Aireena Marizan