Siakap Keli
Gambar: TikTok

(Video) “Maafkan Abah Yan, Tak Dapat Tunggu Yan..” Bakal Askar Pilu Ayah ‘Pergi’ Dulu Sebelum Dia Tamat Kem Latihan

Berita yang paling kita tak nak dengar tembus ke corong telinga adalah berita kematian dari orang-orang yang kita sayang. Namun, hari demi hari, berita kematian semakin kerap berlaku dan terngiang-ngiang di telinga.

Mungkin dari orang yang dekat dengan kita mahupun hanya sekadar kenalan biasa. Walaupun ia berat dan pastinya akan meninggalkan kesan yang dalam, kita perlu terima hakikat yang hidup akan berakhir dengan kematian.

Itulah yang menimpa Sue Qaseh dan Adik Yan yang kehilangan ayah tercinta pada 23 Desember 2021. Video terakhir Yan dan ayahnya yang dimuat naik oleh kakaknya di akaun TikTok menyentuh hati semua.

“Maafkan abah ye Dik Yan.. abah tak dapat tunggu Yan tamat latihan TUDM bulan 4 nanti” tulis Sue Qaseh di akaun TikToknya.

Menurut Sue Qaseh, adiknya mula menjalani latihan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Ipoh, Perak pada Oktober 2021 dan ayahnya meninggal dunia pada 23 Desember 2021.

Yan akan menamatkan latihan di TUDM pada 16 April 2022 dan video yang dimuat naik tersebut merupakan tatapan terakhir Yan pada ayahnya.

“Pernah Yan call selepas beberapa hari abah pergi. Dia cakap, Yan sunyi kak. Yan buat ni untuk abah. Abah dah takde, apa makna semua ni lagi,” tulis Sue Qaseh.

Menurut Sue Qaseh, Yan pulang pada hari kematian ayahnya dengan diiringi oleh pegawai di pusat latihannya.

“Yan dapat tengok jenazah abah, mandikan, kafankan dan kebumikan abah.

“Selepas selesai urusan jenazah, Yan di bawa balik semula ke kem TUDM untuk teruskan latihan,” katanya

@sue_qaseh

Ciuman & tatapan akhir abah buat ank nya yg no12 😔 semoga adikku kuat selalu @yan3hundred20 #abah #rindu #love #tudm

♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀

Sumber: TikTok Sue Qaseh

Faiz Mustafa