Siakap Keli
Gambar: via Daily Mail

(Video) Larikan Diri Elak Disembelih, Kerbau ‘Mengamuk’ Rempuh Masuk Kedai Makan

Seekor kerbau dilapor melarikan diri daripada disembelih sebelum bertindak menanduk seorang lelaki yang berada di dalam sebuah restoran di Taizhoi, China baru-baru ini.

Berdasarkan rakaman video, kerbau itu dilihat merempuh masuk ke dalam restoran tersebut sebelum mengganas dan ‘melempar’ lelaki berkenaan, lapor Daily Mail.

Menurut laporan, pada awalnya kelihatan dua orang lelaki berada di restoran itu dan salah seorangnya sedang memegang telefon bimbit, manakala seorang lagi sedang minum air.

Namun tiba-tiba kerbau itu muncul dari bahagian langsir plastik yang dipasang di pintu kedai sebelum bertindak menanduk salah seorang daripada mereka.

Gambar: via Daily Mail

Tambah laporan, lelaki itu dihempas ke atas lantai selepas ditanduk oleh kerbau berkenaan. Manakala rakannya yang terkejut melihat situasi itu meluru ke arahnya dan menyeret dia ke tepi bagi menjauhi kerbau ‘ganas’ itu.

Selain itu, kerbau tersebut juga dilihat terus mengamuk dan menterbalikkan kerusi serta meja di dalam kedai termasuklah di dalam sebuah bilik makan sebelum melarikan diri.

Gambar: via Daily Mail

Menurut laporan lagi, difahamkan sebenarnua kerbau itu didakwa telah terlepas dari sebuah kedai menjual daging hanya beberapa saat sebelum haiwan ia bakal disembelih.

Hal ini demikian kerana seutas tali pengikat masih kelihatan jelas tergantung pada bahagian mulut kerbau itu.

Selepas kejadian, rakan kepada mangsa dilihat keluar dari restoran untuk mendapatkan bantuan. Lelaki itu dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian kaki dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Sumber: Daily Mail

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.