Siakap Keli
Foto: Watiey Abdullah

Wanita ‘Belanja’ Deko Rumah Ala-ala “Farmhouse”, Rumah Jadi Lagi ‘Luas’ & Selesa

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sebenarnya, ramai yang tak kisah jika rumah tidak dipenuhi dengan barang perabit kerana untuk mendeko tidak semestinya memerlukan perabot yang banyak dan mahal. Bahkan penghuni hanya perlu bijak menggunakan barangan dan perabot serta menyesuaikan dengan warna yag cantik sahaja.

Namun, ada juga sesetengah orang berpendapat rumah tak perlu deko cantik-cantik, kata mereka itu hanya merugikan sahaja. Salah tu, rumah sendiri atau rumah sewa yang dideko cantik akan tampil lebih selesa dan membuatkan kita tak sabar untuk pulang ke rumah.

Seperti perkongsian daripada Puan Watiey ini berkongsi beberapa foto tentang sebelum dan selepas dia dan suaminya mendeko rumah ala-ala ‘farmhouse’. Walaupun nampak ‘simple’ tetapi sangat cantik dan elegan. Ini kerana penggunaan warna dinding dan perabot sangat sepadan.

Complete da deko!

Ramai yang suka modern decor tapi watiey suka sgt Farmhouse style! Ala-ala rumah orang putih gitu.

Rumah kat malaysia je tapi siap ada fireplace. Tak semestinya rumah kena besar. Video watiey last sekali.

Dulu jiwa muda suka rumah kelam-kelam simple, sekarang suka yang nampak bersih . Konsep farmhouse ni lebih rustic, warmth dan traditional. Tapi kami buat ikut bajet sendiri.

Personally area dapur n patio, tempat paling suka sangat. Start dari November tahun lepas, buat dua laki bini je.

Dulu jiwa muda, suka gelap-gelap simple je, decor 2017

Ruang makan dulu . Habis cantik da rasa ni .

Ruang tamu dulu crowdednya aiyo…

Table bar mintak suami cat putih, just tambah kayu on top, shiplap dekat bawah dan ‘X’ kat tepi. Untuk hasilkan vibe farmhouse tu.

Balang kaca ni boleh beli dekat shopee.

Pantry come. Ingat nak buat barn door kecik tapi tak sesuai, so watiey pakai la lansir je untuk tutup. Tadaaaa, stock untuk anak buah bila datang. Diri sendiri tak makan sangat pun.

Dekat atas tu watiey letak lampu kecik. Ada remote and boleh tekan juga dekat lampu tu. Watiey tak pilih motion sensor sebab kucing dalam rumah kang tak pasai on sedia.

Dapur kecik comel je. Tu backsplash jenis sticker.

Ruang makan sekarang. Beza banyak kan. Cerah mata. Tingkap tu pon mintak hubby buatkan. Hantar kedai pasang cermin.

Setengah orang rasa buruk, tapi kami suka. Memang usaha cari yang nampak meja lama macam ni. Harga tak lama ya…

Ada je tingkap yang jenis modern, tapi tak kena dengan jiwa katanya. Jadi, decide buat sendiri untuk nampak lebih rustik.

Sebab tak nak nampak kosong sangat watiey letak painting and bench.

Fireplace memang essential untuk tema farmhouse. Nasib la suami pandai bertukang. Pon buat sendiri.

Bilik tetamu dulu pakai kayu pallete.

Bilik tetamu sekarang, deco lebih simple. Sebab kadang-kadang family datang terutamanya orang tua so kita guna warna hijau fresh and lembut je…

Sumber: Watiey Abdullah

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang