Siakap Keli
Gambar: @auniazulfa

Gadis Tengah Berbasikal Curi Tumpuan Ramai, Tiba-tiba Baca Al-Quran Rupa-rupanya…

Sebuah kisah inspirasi yang telah dikongsikan oleh seorang penghafaz Al-Quran di akaun TikTok @auniazulfa telah tular baru-baru ini. Gadis tersebut berkongsi saat dia ‘dicari’ oleh ibunya untuk tasmik hafalan 1 juzuk Al-Quran ketika dia sedang berbasikal.

Dalam postingannya itu, dia menulis yang dia memiliki syarat yang perlu dia patuhi sebagai seorang Hafizah. Dia menceritakan bahawa setelah dia tamat pembelajaran di sekolah pondok, dia tidak boleh keluar bermain sebelum dia tasmik hafalan kepada ibunya.

Hal ini kerana, setiap hari dia perlu tasmik sekurang-kurangnya 1 juzuk Al-Quran kepada ibunya, termasuklah pada hari minggu sebelum dia keluar bermain bersama rakannya.

Walau bagaimanapun, pada suatu hari, gadis tersebut telah ditelefon oleh ibunya yang bertanya soal hafalan yang belum dia tasmik hari itu.

“Kenapa semalam tak tasmik Al-Quran dulu? Baca sekarang, 1 juzuk!” kata ibunya ketika menelefon puterinya itu.

Gadis tersebut yang ketika itu sedang berbasikal bersama rakannya sempat ‘nego’ dengan ibunya untuk menangguhkan sesi tasmik sehingga dia pulang ke asrama. Namun, ibunya tetap berkeras menyuruh anaknya tasmik 1 juzuk saat itu juga.

Tidak berani untuk melawan kata ibunya, gadis tersebut terus membacakan hafalan 1 juzuk Al-Quran sambil disemak oleh ibunya melalui telefon.

Pada akhir video berkenaan gadis tersebut turut memberikan semangat kepada para tahfiz yang lain yang sedang berjuang untuk menghafaz 30 juzuk Al-Quran.

“Semangat mencari redha Allah dan orang tua. Segala perjuanganmu akan dibayar tunai dengan senyuman orang tua di dunia dan akhirat.”

@auniazulfa

Pesan untuk para pejuang 30 Juz. Semangat 😇 #santri #santriwati #santritahfidz #quran

♬ GOOD BOY X DANCE MANCING – Rian.A

Sumber: hot.liputan6.com

Zahirah