Siakap Keli
Kredit : TikTok maemunahh62

Viral Isteri Hanya Tersenyum Tenang Selepas Suami Kantoi Curang, Undang 1001 Pertanyaan Netizen

Setiap pasangan mengimpikan untuk melayari bahtera rumah tangga yang bahagia. Namun, tidak semua memiliki nasib yang baik, lebih-lebih lagi jika dicurangi oleh pasangan.

Kebiasaannya, kita akan selalu melihat serangan yang dilakukan untuk membongkarkan kesalahan tersebut, namun lain pula yang jadinya.

Sebuah video yang dimuat naik di akaun TikTok maemunahh62 menunjukkan seorang wanita bersama penduduk menyerbu suaminya yang pada ketika itu berada di rumah seorang wanita.

Sesiapa sahaja pasti berasa geram melihat kelakuan lelaki tersebut.

Tetapi, apa yang lebih mengejutkan adalah apabila wanita tersebut tidak menunjukkan reaksi seperti isteri-isteri yang lain.

Sebaliknya, dia hanya mampu tersenyum dan tenang sambil mengendong anaknya.

Menerusi video yang dikongsikan, wanita tersebut dikatakan menyerang suaminya bersama-sama penduduk apabila dia mengatakan suaminya bersembang dari pukul dua belas malam.

Cetusan kemarahan yang sebenarnya bukanlah daripadanya, malah dari penduduk kampung itu sendiri.

”Tak, salah pelakunya, kalau cakap elok-elok memang tak faham,” kata salah seorang penduduk di situ.

Penduduk lain turut berang melihat kedua-dua pesalah tersebut.

Si isteri hanya tenang bertanyakan soalan keberadaan suaminya kepada penduduk yang tinggal di situ.

“Suami saya kerap ke sini kan. Kalau datang sini dalam 12 malam,” kata si isteri.

Peliknya, pertanyaan tersebut hanya begitu mudah dan tanpa ada maksud tersirat di dalamnya.

Si suami pula hanya mampu diam tidak bersuara dan tidak mampu menafikan dakwaan tersebut.

Apabila kekecohan semakin rancak dalam kalangan penduduk, si isteri hanya memberitahu mengenai syak wasangkanya telah terbukti jelas.

Sehingga akhiranya, seorang lelaki yang tidak dapat menahan emosi terus meluru masuk dan menumbuk suaminya sambil memaki hamun.

“Demi Allah, awak yang bersalah dan merosakkan rumah tangga orang,” kata lelaki tersebut.

Apa yang lebih menyakitkan adalah reaksi wanita bertudung kuning itu hanya tenang seolah-olah tidak melakukan kesalahan dan tidak membuat masalah.

Video yang dikongsikan ini telah menarik perhatian warganet dan sampaikan ada yang geram melihatnya.

Sumber : bekaci.suara.com

Fathin Nadzira