Siakap Keli
Gambar via Interesting Engineering

Ini Sebab Kenapa Jepun Diiktiraf Sebagai Negara Paling Bersedia Hadapi Tsunami Di Dunia

Tsunami adalah salah satu bentuk bencana alam yang besar hingga mampu meragut nyawa berjuta-juta orang. Menurut PBS News Hour, tsunami di Southeast Asia telah meragut 220,000 nyawa manusia pada tahun 2004.

Berdasarkan PBS News Hour, Indonesia merupakan negara ketiga yang dilanda tsunami terbesar dalam rekod sejarah. Namun, terdapat perbezaan besar di antara dua tingkat persediaan dalam menangani bencana ini.

Percaya atau tidak, walaupun terletak di lokasi ‘berbahaya’ dan berisiko tinggi, namun Jepun adalah satu-satunya negara yang didakwa paling bersedia di dunia dalam menghadapi bencana tsunami.

Pakar Seismologi dan Tsunami di Humboldt State University di California, Lori Dengler berkata, “Ada sebab mengapa Jepun adalah simbolik bagi tragedi ini.

“Ini kerana Jepun telah berulang kali menerima pukulan ombak gergasi tersebut,” katanya.

Bagaimana Jepun mampu mengatasi tragedi ini dengan baik?

Pengalaman Jepun dan peristiwa tragis ini telah membawa mereka dalam membangunkan strategi serang balas, struktur pertahanan dan penempatan semula penduduk setempat selama ini.

Pada tragedi yang lalu, Jepun telah menyediakan pusat pemindahan untuk penduduk yang tinggal dia kawasan pantai sebagai keutamaan.

Gambar: Max Pixel via Interesting Engineering

Menurut Interesting Enginering, apabila tsunami melanda, mungkin ianya akan hanya mengambil masa selama lima hingga sepuluh minit untuk melakukan pemindahan. Namun, untuk pusat penduduk yang besar ianya adalah kurang ideal.

Selain itu, sebab kenapa Jepun mampu menangani bencana ini dengan baik adalah kerana mereka mepunyai sistem penyebaran maklumat yang maju dan pantas. Jadi, mereka mampu menyebarkan maklumat dengan sangat cepat jika kejadian seperti tsunami akan melanda.

Di samping itu, berdasarkan kenyataan dari Interesting Engineering, sistem amaran antarabangsa juga telah dibina oleh Jepun dan ia dipercayai terbukti mampu mengesan sebarang pencetus tsunami.

“Sistem tersebut, sama ada domestik mahupun anatarabangsa, biasa akan digabungkan atau ditambah dengan siaran radio dan televisyen serta rangkaian pembesar suara untuk memberi amaran kepada orang ramai.

“Tapi langkah demikian tidaklah selalu praktikal tapi masih boleh diguna pakai,” maklum kenyataan itu.

Tambah Interesting Engineering lagi, “Oleh sebab itu, salah satu barisan pertahanan akhir terhadap tsunami adalah dengan membina penghalang fizikal seperti Tembok Laut Fudai di Jepun.

“Jadi, terdapat banyak cari yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kerosakkan dan kematian yang disebabkan oleh tsunami,” katanya.

Gambar via Interseting Engineering

Konsep kejuruteraan gempa bumi

Sementara itu, salah satu strategi terbaik Jepun dalam menghadapi tsunami adalah melalui sistem kejuruteraan gempa bumi (earthquake engineeringI).

Melalui pembangunan dan pemasangan penyerap hentakan bangunan yang besar, dinding sliding walls dan alas asas Teflon, struktur ini dapat membantu bangunan Jepun menahan tekanan yang besar semasa kejadian gempa bumi.

Selain itu, kejuruteraan Jepun juga turut membina dinding laut ‘gergasi’ yang tingginya mencapai sehingga 12 meter. Ia dibina sebagai perlindungan di kawasan penduduk yang mampat.

Dalam pada itu, Jepun juga membina pintu air bersaiz besar setinggi 15.5 meter yang bertujuan untuk menyalur, menangkis gangguan serta mengalihkan gelombang tsunami yang masuk dari infrastruktur kritikal dan pusat penduduk.

Gambar: David McKelvey/Flickr via Interesting Engineering

Menurut Interesting Engineering lagi, Jepun juga dikatakan telah menguji struktur menegak sebagai platform yang tinggi untuk orang awam berdiri di atas ketinggian maksimum tsunami.

Malah kebanyakan pusat nuklear di negara matahari terbit itu didakwa dibina jauh dari pantai, selain dicipta dengan reka bentuk dilengkapi ‘mod selamat’ sebaik sahaja gempa bumi dikesan.

Sumber: PBS News Hour, Interesting Engineering

Faiz Mustafa