Siakap Keli
Gambar Via Bernama

Jalan Sesak Awal Pagi Kerana RFID? Ini Komen Orang Ramai

Bermula 15 Januari lalu, pengguna plaza tol di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) telah mula menggunakan sistem Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) secara berperingkat.

Peralihan kepada RFID ini adalah sebagai langkah untuk mengurangkan kesesakan di plaza tol dengan menggunakan teknologi yang lebih sistematik.

Pun begitu, keadaan sebaliknya berlaku hari ini apabila dipercayai berlakunya kesesakan trafik di beberapa plaza tol di ibu kota.

Memetik laporan Kosmo, laluan di tol Bandar Seri Putra, Bangi dilaporkan sesak teruk seawal pukul 7 pagi yang didakwa berpunca daripada penggunaan sistem RFID tersebut.

Tidak cuma itu, keadaan sama turut berlaku di Tol Sungai Besi iaitu kira-kira 10 kilometer menghala ke Kuala Lumpur.

Keadaan tersebut menyebabkan orang ramai yang hendak ke tempat kerja mengambil masa yang agak lama untuk melepasi kedua-dua tol berkenaan.

Menerusi tinjauan yang dilakukan di media sosial pula, rata-rata netizen berkongsikan pengalaman mereka menggunakan teknologi RFID itu dan ada juga yang memberi saranan agar sistem itu ditambah baik selepas ini.

Sumber: Kosmo, Twitter, Facebook

Sofea

There's always another side to every story