Siakap Keli
Gambar: Mr Jackler

(Video) Mungkin Ramai Belum Tahu, Ini Cara-Cara Pasang Tag RFID Pada Kereta Dengan Betul

Seperti yang diketahui, plaza tol di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) telah mula beralih kepada sistem Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) secara berperingkat bermula 15 Januari lalu. Sistem ini menggunakan gelombang radio untuk mengenal pasti objek yang ditag secara pasif.

Penggunaannya di plaza tol dikatakan membolehkan pengguna jalan raya menikmati perjalanan lebih lancar tanpa henti di lorong RFID dengan kelajuan 30km/j.

Ia juga menawarkan sekuriti tunai digital dan tambah nilai tanpa tunai melalui penggunaan Touch ‘n Go eWallet tanpa perlu mengunjungi kaunter tambah nilai.

Bagi yang belum tahu, korang boleh mendapatkan tag RFID ini secara online menerusi aplikasi Touch ‘n Go eWallet, portal Touch ‘n Go dan ejen pemasaran yang dilantik seperti Shell. Atau kalau korang nak beli, korang boleh klik dekat sini

Cara beli Tag RFID dalam aplikasi TNG: Mudah & Cepat, Ini Cara Nak Beli Tag RFID Dalam Aplikasi TNG

Berbeza dari sistem Touch ‘n Go dan Smart Tag, korang boleh pasang sendiri tag RFID ini pada kenderaan korang. Bagaimanapun, pasti ramai yang keliru atau tidak tahu cara untuk memasang tag tersebut.

Jangan risau, cara pemasangan tag itu telah dikongsikan oleh seorang Youtuber, Mr Jackler, di saluran YouTube miliknya.

Menurut Jackler, tag RFID itu perlu dilekatkan pada bahagian lampu hadapan kereta.

Ikuti langkah pemasangan yang dikongsikan olehnya di bawah ini.

  1. Bersihkan terlebih dahulu lampu hadapan kereta agar ia mudah melekat
  2. Buka pelekat
  3. Tampalkan pada lampu
  4. Aktifkan tag di laman web Touch ‘n Go atau Touch ‘n Go eWallet
  5. Masukkan maklumat kenderaan dan daftar nombor siri RFID

Menerusi video itu, tag tersebut boleh digunakan di laluan tol selepas sejam ia diaktifkan.

Jika nak tengok dengan lebih jelas, jom tonton video di bawah ini.

Kalau ada yang tengah mencari nak beli RFID ni, korang boleh klik dekat sini

Sumber: Mr Jackler

Sofea

There's always another side to every story