Siakap Keli

Mudah & Cepat, Ini Cara Nak Beli Tag RFID Dalam Aplikasi TNG

Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) merupakan salah satu bentuk teknologi yang menggabungkan penggunaan elektromagnet atau elektrostatik dalam bahagian frekuensi radio spektrum elektromagnet untuk mengenal pasti objek, haiwan atau manusia secara unik.

Disebabkan penggunaannya yang sistematik, RFID juga digunakan di tol untuk memudahkan pengguna jalan raya dan mengurangkan kesesakan di plaza tol.

Bercakap mengenainya, pihak Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) baru-baru ini telah memaklumkan bahawa semua tol antara laluan Juru, Pulau Pinang-Skudai, Johor akan mula menggunakan sistem RFID bermula 15 Januari depan

Susulan pengumuman itu, ramai yang mula tertanya-tanya mengenai cara untuk mendapatkan tag RFID dan bagaimana untuk mengaktifkannya.

Tak perlu bimbang kerana anda boleh melihat cara untuk mendapatkan tag RFID tersebut menerusi perkongsian yang dimuatnaik oleh pengguna Facebook, Naser PakBond Badar.

Menerusi kirimannya, Naser menunjukkan langkah-langkah untuk membeli tag RFID tersebut dengan menggunakan aplikasi Touch ‘n Go. Ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Assalamualaikum geng.

Nampak macam ramai yang susah hati, gusar nak cari, mana nak beli tag rfid.

Jangan gusar geng, benda ada dalam telefon pintar kita. Kita buat dia.

Ikut je arahan dalam apps tu.

1. Beli.

2. Tunggu sampai.

3. Aktifkan tag rfid anda melalui aplikasi TnG.

4. Tunggu sms pengesahan,

Siap! Boleh dah lalu di laluan MyRFiD.

Nah, gambarĀ² ni cara-cara nak beli tag rfid melalui apps TnG

Semoga memudahkan geng.

*p/s: Nampak ada diskaun RM10 tu. Beli cepat geng. Haha

Sumber: Naser PakBond Badar

Sofea

There's always another side to every story