Siakap Keli
Gambar via Bernama

TERKINI: 6 Servis Termasuk ATM & Maybank2u Web Tergendala

Maybank menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa terdapat beberapa servisnya dilapor tergendala buat masa ini.

Menurutnya, antara servis tergendala yang dimaklumkan adalah seperti web Maybank2u dan servis ‘mobile banking’, mesin ATM dan Terminal Layan Diri (Self Service Terminals – SSTs).

Selain itu, antara yang turut tergendala adalah penggunaan kad debit dan operasi kaunter perbankan cawangan.

“Kami memohon maaf atas segala kesulitan dan sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah ini secepat yang mungkin.

“Terima kasih atas kesabaran anda,” maklum kenyataan tersebut.

Sumber: Maybank

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'