Siakap Keli
Kredit : Mohd Fitri Khairudin via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

(Video) Confirm Enak & Cair Di Mulut, Ini Tips Rahsia Resipi Kuih Bangkit Pandan Persis Air Tangan Pakar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Apabila sebut je kuih bangkit, pastinya akan teringat tekstur kuih tersebut yang cair di mulut. Punyalah legend kuih ni sampai sekarang digemari oleh orang ramai.

Walaupun, ada yang mengatakan senang je buat kuih tersebut, namun tidak ya. Nak buatnya bukan sebarangan. Salah sukatan, bukan cair di mulut, mungkin gigi anda yang luruh.

Menerusi perkongsian daripada Facebook Masak Apa Hari Ni, En. Mohd Fitri Khairuddin ada berkongsikan resipi dan tips untuk membuat ‘kuih legend’ ini.

Untuk mengetahuinya, anda boleh lihat dan ikuti perkongsian resipi di bawah.

Kuih Bangkit Pandan

Tips Penting

  1. Guna Tepung Sagu dan bukan Tepung Ubi Kayu. Tepung Sagu membuatkan kuih bangkit anda cair dimulut. Memang ramai yang guna tepung ubi kayu tetapi dari pengalaman saya, Tepung Sagu benar benar membuat kan kuih bangkit cair di mulut.
  2. MESTI goreng tepung dahulu sebab kita mahu tepung jadi kering betul. Goreng dalam 20 minit dan biar dia betul betul sejuk. Ingat, guna 500 g tepung untuk goreng sebab tepung akan jadi kurang berat. Timbang selepas goreng dan ambil 400g sahaja.
  3. Ayak tepung sagu 2 kali sebelum guna baru tepung jadi betul betul halus.
  4. Kuih bangkit MESTI guna Krim Santan dan BUKAN Santan Perah. Beli santan krim kotak untuk kuih ini. Orang dulu dulu masak santan bagi air naik dengan api yang perlahan (tinggal separuh) dan baru guna santan.
  5. Bakar pada suhu 160 selama 28 ke 30 minit.
  6. Jika anda perlu tambak krim santan, tambah dalam beberapa titik saja – sedikit sedikit.
  7. Semua diatas adalah untuk memastikan kandungan air didalam kuih ini ditahap minima. Baru Kuih bangkit and jadi ringan, rapuh dan betul betul cair di mulut.
  8. InsyaAllah, kuih ini betul betul cair dimulut!!!!

Bahan bahan

500 g Tepung Sagu (tetapi ambil 400 g sahaja selepas goreng)

130 g Krim Santan

2 biji Kuning Telur sahaja

130 g Gula Halus

2 sudu kecil pewarna dan rasa Pandan

½ sudu kecil Garam

3 helai daun Pandan

Kredit : Mohd Fitri Khairudin via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Untuk cara membuat, sila lihat tutorial ini :

Sumber : Mohd Fitri Khairudin via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Fathin Nadzira