Siakap Keli
Gambar : Hello Doktor/ Google

Bilik Bersih Pun Masih Batuk, Selsema Dan Kulit Gatal-gatal? Ini Cara Cegah Hama Dari Terus ‘Menginap’ Di Tilam Anda

Pernah tak korang mengalami gejala batuk, selsema atau terbesin? Kalau anda perasan, setiap pagi mesti akan berlaku gejala-gejala tersebut.

Tengah sedap-sedap tidur terpaksa bangun mengejut sebab terbersin. Memang potong stim betul!

Selain itu, pasti anda juga pernah rasa gatal pada kulit badan atau muka sampai naik biji-biji merah. Mulalah menggaru sana sini. Tambah pula dengan pakej mata berair dan gatal. Stress betul!

Ketahuilah bahawa berkemungkinan tempat tidur anda itu merupakan tempat berkumpulnya hama.

Padahal kita dah sapu bersih dah bilik tu, tapi kenapa masih ada lagi gejala tu. Memang degil betul hama ni.

Mari kita baca perkongsian daripada Public Health Malaysia kenapa hama masih lagi ‘menginap’ di situ.

Sekiranya anda sering mengalami gejala berikut; batuk, selsema, gatal kulit, bersin, mata gatal dan berair.

Dan masih tidak diketahui punca, ini mungkin jawapannya

HAMA

Hama merupakan antara punca utama yang menyebabkan pelbagai gejala alahan serta serangan astma.

Walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar, anthropods berkaki lapan ini sentiasa berada di sekitar anda terutamanya di dalam rumah.

Hama ini berada di celahan fabrik dan perabut seperti permaidani, langsir, tilam, cadar dan permainan lembut.

Walaupun bilik dan rumah kelihatan bersih, hama tetap ada diruang tersebut. Cuaca dan persekitaran Malaysia yang panas dan lembab sepanjang tahun begitu ideal untuk hama untuk hidup.

Apa kesan hama kepada manusia?

Alahan Hama

Hama, sisa najisnya dan hama yang telah mati merupakan alergen atau punca kepada gejala alahan kepada manusia.

Kebiasaanya, walaupun anda telah mengambil pelbagai rawatan untuk masalah alahan, tetapi sekiranya punca (hama) tidak di basmi, gejala alahan akan berterusan.

Bagaimana untuk membasmi hama?

Cara pencegahan alahan hama

Kajian menunjukkan hama lebih banyak berada di dalam bilik tidur. Oleh itu, bilik tidur merupakan fokus utama untuk operasi pencegahan hama.

  1. Basuh cadar dan sarung bantal setiap minggu menggunakan air panas (60’c)
  2. Kurangkan penggunaan fabrik, perabot dan permaidani di dalam bilik tidur
  3. Gunakan tilam dan bantal yang di lapik dengan alas anti hama.
  4. Buka tingkap dan dedahkan ruang bilik tidur dengan cahaya matahari
  5. Gunakan mesin hampargas yang memiliki fungsi penapis hama
  6. Pastikan bilik tidak terlalu lembab

Jalankan operasi pencegahan hama di rumah anda, percayalah, selain bilik bebas hama, ruang tidur anda akan lebih bersih dan selesa.

Kredit : Public Health Malaysia
Kredit : Public Health Malaysia

 

 

Kredit : Public Health Malaysia

Sumber : Public Health Malaysia

Fathin Nadzira