Siakap Keli

(Video) Tak Sampai 15 Minit Dah Siap, Ini Cara Buat Resume Tanpa Guna Laptop

Sebelum melangkah mencari pekerjaan, perkara utama yang perlu dilakukan ialah mencipta resume yang bagus dan lengkap, sesuai dengan kriteria yang telah ditetapkan oleh majikan. Boleh dikatakan bahawa resume adalah benda pertama yang dilihat oleh setiap majikan dan menjadi penentu untuk kita mendapat pekerjaan atau tidak.

Walaupun setiap orang mempunyai idea kreatif yang tersendiri ketika menghasilkan resume, namun diingatkan agar jangan keterlaluan sehingga ‘menenggelamkan’ maklumat penting yang perlu dinilai oleh majikan.

Bagaimanapun, tidak semua orang mempunyai kelengkapan laptop dan komputer untuk membuat resume. Bahkan ada yang terpaksa bersusah payah meminta pertolongan orang lain. Jika korang ada masalah seperti ini, korang jangan risau kerana resume juga boleh dibuat dengan menggunakan smartphone.

Menurut pengguna TikTok, @shahrilfadzlyn, korang boleh membuat resume dalam aplikasi yang terdapat di Playstore. Mari ikuti cara-cara yang telah dikongsikan oleh Shahril di bawah ini.

  1. Download apa-apa aplikasi resume (Contoh: Resume Builder App, CV Maker)
  2. Tekan create resume
  3. Masukkan maklumat diri dan gambar
  4. Tekan view CV
  5. Pilih template design 
  6. Tekan zoom untuk periksa semula maklumat
  7. Tekan download dan siap

Mudah bukan? Kalau korang masih lagi tidak faham, jom tengok video yang dikongsikan oleh Shahril di bawah ini. Semoga bermanfaat!

@shahrilfadzlyn

Nak buat resume tapi tak ada laptop? Say no more #tutorial #kerja

♬ FEEL THE GROOVE – Queens Road, Fabian Graetz

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak 885.2 ribu tontonan di TikTok dan dibanjiri dengan komen-komen netizen.

Sumber: shahrilfadzlyn

Sofea

There's always another side to every story