Siakap Keli

Mudah Nak ‘Survey’ Hartanah, Ini Aplikasi Terbaik Pelabur Perlu ‘Install’

Hidup di zaman yang serba canggih ni memberikan pelbagai kemudahan untuk kita menjalani kehidupan seharian dengan lebih lancar. Sekarang ni semua orang memang tidak boleh berenggang dengan smartphone masing-masing dan ia dianggap sebagai alat yang sangat berharga. 

Manakan tidak, banyak aplikasi yang boleh kita guna dan manfaatkan sebaiknya. Dari urusan perbankan, tempahan hotel hingga ke pesanan makanan, semuanya boleh dibuat guna hujung jari saja. Siapa sangka teknologi manusia boleh berubah hingga ke tahap ini. 

Bercakap mengenai aplikasi, ada tak di antara anda yang baru nak mulakan langkah menjadi pelabur atau pembeli hartanah? Ke memang dah lama terlibat? Bukan apa, SK nak share aplikasi yang perlu anda install untuk memudahkan urusan memiliki hartanah. 

Maklumlah, bukan mudah nak beli dan melabur ni sebab banyak aspek yang perlu diteliti terlebih dahulu. Bila ada aplikasi yang ‘ngam’ dengan anda, tak perlulah lagi nak bersusah payah kehulu kehilir untuk menyelesaikan segala urusan. 

Sebelum itu, anda juga perlu tahu mengenai beberapa faktor penting yang perlu dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum merancang untuk melabur di dalam pasaran hartanah.

1. Lokasi hartanah

Kebiasaannya pembeli akan memilih lokasi yang berdekatan dengan pelbagai kemudahan. Salah satu cara untuk mengumpul maklumat tentang prospek persekitaran hartanah yang anda suka adalah dengan menghubungi dewan bandar atau agensi awam lain yang bertanggungjawab dalam pengezonan dan perancangan bandar. Dengan cara itu, anda mungkin akan mendapat akses kepada perancangan jangka panjang bagi kawasan itu dan membuat penilaian darinya.

2. Jangkaan aliran tunai dan peluang keuntungan

Aliran tunai merujuk kepada jumlah wang yang tinggal selepas perbelanjaan. Aliran tunai yang positif adalah kunci kepada kadar pulangan yang baik bagi pelaburan hartanah.

Jika ingin memastikan aliran tunai sentiasa baik, anda perlu memperhatikan pendapatan sewa, faedah susut nilai dan faedah cukai yang tersedia serta menganalisis kos dan faedah pengubahsuaian sebelum jualan untuk mendapatkan harga yang lebih baik.

3. Berhati-hati dengan leverage

Pinjaman adalah mudah tetapi ia mungkin akan memberikan kesan yang besar kepada anda suatu hari nanti. Elakkan tahap hutang yang tinggi atau over-leverage kerana anda akan menghadapi sedikit kesukaran semasa keadaan pasaran yang buruk.

Tentukan jenis gadai janji yang paling sesuai dengan situasi anda, baik gadai janji kadar tetap, kadar boleh laras, faedah saja mahupun sifar bayaran pendahuluan, ia perlu diberikan perhatian.

4. Skor kredit

Seperti yang anda semua tahu, skor kredit sememangnya sangat penting bukan saja untuk tujuan pelaburan hartanah tetapi juga untuk segala pinjaman atau pembelian aset.

Ia mempengaruhi keupayaan anda untuk layak menerima gadai janji dan akan memberi kesan kepada syarat yang ditawarkan oleh pemberi pinjaman anda.

Selain perkara-perkara yang dikongsikan di atas ini, anda juga boleh mendapatkan pelbagai lagi maklumat berkaitan hartanah menerusi aplikasi UDA Property.

Aplikasi UDA Property

Bukan saja untuk pemilik hartanah baharu, aplikasi yang disediakan oleh UDA Property ini juga sesuai untuk individu yang telah pun memiliki hartanah. Ia memang sesuai digunakan oleh pelabur kerana mempunyai pelbagai fungsi yang menarik dan mudah digunakan.

Penciptaan aplikasi ini adalah bertujuan untuk menyediakan one-step centre yang boleh diakses dengan ciri yang berfungsi dan praktikal untuk pengalaman yang lancar kepada pemilik hartanah di seluruh negara.

Jika anda berada jauh dari kawasan hartanah yang disenaraikan, anda boleh melihat projek-projek yang telah pun tersedia menerusi ciri 360 darjah Walkthrough yang berada di dalam aplikasi itu.

Banyak ciri menarik

Antara ciri lain yang tersedia di dalam aplikasi itu ialah kalkulator pinjaman, tempahan janji temu, LiveChat, notis dengan kemas kini terkini mengenai kempen UDA Property dan hartanah di seluruh negara dan ruangan soalan lazim.

Bukan itu sahaja, malah terdapat juga beberapa ciri tambahan iaitu Rewards daripada rakan kongsi eksklusif dan Loyalty Program untuk pemilik dan pembeli sedia ada.

 

 

Bagi Loyalty Program, ia dipecahkan kepada lima peringkat berbeza berdasarkan jumlah terkumpul pembelian hartanah dan setiap peringkat akan sepadan dengan rebat royalti. Menarik kan? Banyak manfaat yang anda akan dapat bila guna aplikasi UDA Property ini.

Pelbagai ciri yang terbaru dan eksklusif akan sentiasa ditambah baik untuk menjadikan aplikasi itu lebih menarik. Apa yang penting adalah anda perlu mengemas kini aplikasi itu setiap masa untuk mendapatkan ciri yang istimewa.

Jangan risau kerana aplikasi ini akan tersedia di dalam android dan juga IOS. Muat turun sekarang menerusi pautan di bawah ini:

Apple App Store: https://apps.apple.com
Google Play Store: https://play.google.com

Untuk maklumat lanjut mengenai UDA Property dan aplikasinya, layari pautan di bawah ini:

Website: https://www.udaproperty.com.my

Youtube: https://www.youtube.com/channel

Facebook: https://www.facebook.com

Instagram: https://www.instagram.com/udapropertymalaysia/

Telegram: https://t.me/UDAProperty

Sofea

There's always another side to every story