Siakap Keli
Foto: Odditycentral

Doktor Bingung, Lelaki Tak Pernah Mandi 67 Tahun Sihat Tanpa Penyakit & Parasit

Tak dinafikan, kalau kita tak bersihkan diri sehari mesti rasa tak selasa atau ‘lemau’, kan? Bukan hanya orang Islam saja yang perlu jaga kebersihan diri, malah agama lain pun menyarankannya juga.

Bukan apa, ia untuk mengelakkan kita daripada dijangkiti parasit atau bakteria. Dalam satu kajian mengatakan bahawa orang yang rajin mandi atau bersihkan diri ini akan memperoleh kesejahteraan dari segi fizikal dan psikologi yang optimum.

Namun, lain pula kisah mengenai seorang lelaki Iran berusia 87 tahun ini yang langsung tidak mandi sudah hampir tujuh dekad lamanya. Tapi apa yang buatkan para saintis bingung, meskipun sebegitu, namun dirinya tidak pernah dijangkiti sebarang penyakit!

Kisahnya pernah tular pada tahun 2014 dahulu, semasa usianya menjangkau 80 tahun pada waktu itu. Ketika itu, dia pernah digelar sebagai ‘lelaki paling kotor di dunia’ kerana tidak mandi disebabkan tinggal jauh dari penempatan penduduk dan tiada sumber air.

Ramai pengamal perubatan menyangka dia akan mendapat pelbagai penyakit ekoran keadaan kebersihannya yang teruk. Namun, sangkaan mereka salah apabila satu uji kaji oleh sepasukan doktor yang dijalankan mendapati dia langsung tidak berpenyakit dan keadaanya sangat baik.

Gambar via Oddity Central

Pegang rekod dunia tak mandi lama

Cara hidupnya sangat luar biasa. Kita kan selalu bersihkan diri atau kerap mandi dalam sehari, tapi berbeza pula dengan lelaki tua ini yang langsung tidak mandi hampir 67 tahun! Jadi tak hairanlah lelaki ini memegang rekod dunia kerana tidak mandi.

Sepasukan doktor yang diketuai oleh Profesor Bersekutu Parasitologi, Dr. Gholamreza Molavi dari Pusat Pengajian Kesihatan Awam di Tehran melawat kawasan warga emas ini untuk menjalankan beberapa ujian kesihatan, termasuklah ujian hepatitis dan AIDS serta penyakit parasit.

Bagaimanapun, walaupun tidak pernah membersihkan diri, namun pakar ini sangat terkejut dan teruja kerana keputusan ujian tersebut tidak menunjukkan dirinya menghidapi sebarang jangkitan daripada bakteria mahupun parasit.

Gambar via Oddity Central

Jadikan najis kering haiwan sebagai tembakau

Keadaan ini sangat pelik dan mengejutkan ramai orang kerana lelaki berusia 87 tahun ini hanya memakan makanan mentah seperti daging arnab dan landak dan seumpamanya.

Malah selain itu, dia juga akan meminum air daripada lopak air yang tidak dirawat dengan menggunakan tin berkarat, selain turut menggunakan najis kering haiwan sebagai tembakaunya untuk dihisap.

Meskipun gaya hidupnya serba daif, namun Dr. Gholamreza percaya bahawa sistem imunisasi badan lelaki tua ini sangat kuat kerana dia masih mampu untuk terus ‘survive’ hidup selama beberapa dekad.

Gambar via Oddity Central

Namun di sebalik kesihatannya yang baik itu, dia sering menjadi bahan ejekan kekejaman manusia yang tidak berhati perut. Malah, ada yang menderanya secara fizikal semata-mata kerana dia memilih gaya hidup yang kotor.

Bagaimanapun, kisahnya ini telah mendapat perhatian Gabenor tempatan sehinggakan orang ramai diminta agar tidak menganggu warga emas ini kerana sifatnya yang sangat lemah lembut dan tidak membahayakan sesiapa pun.

Sumber: Odditycentral

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang