Siakap Keli

(Video) “Jangan Lihat Dekat Parlimen Mana Yang Anda Kena Mengundi, Tapi….” Gadis Perjelas Apa Yang Berlaku Pada PRN Johor Kali Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Seperti yang sedia maklum, Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar secara rasminya telah perkenan akan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada 22 Januari baru-baru ini.

Tidak lain tidak bukan, tujuan pembubaran DUN tersebut adalah untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang dijangka bakal dilangsungkan kelak.

Mungkin sesetengah daripada kita beranggapan bahawa pembubaran DUN ini adalah perkara ‘biasa’. Namun jauh di sudut lain, ada perkara lebih penting yang harus kita fahami dengan lebih dalam.

Begitulah seperti apa yang dikongsikan oleh Amira Aisyaa menerusi TikToknya baru-baru ini. Ada beberapa ‘pesanan’ penting yang dipadatkan dalam video berdurasi seminit 43 saat ini.

“Pilihan Raya Negeri bukan bertujuan untuk memilih ahli-ahli parlimen tetapi untuk memilih ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Mereka ini yang akan membincangkan isu-isu lokaliti di Negeri Johor sahaja,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa hasil pemilihan tersebut akan bertahan selama lima tahun dan ianya bukanlah satu jangka masa yang singkat.

Oleh itu, beliau menyeru semua rakyat Johor untuk memilih yang terbaik untuk memimpin negeri tersebut.

Untuk penerangan lebih terperinci, sila tonton video di bawah ini.

@amiraaisyaaa

Pembubaran DUN Johor. Apa maksudnya? #fyp

♬ original sound – amiraaisyaaa – amiraaisyaaa

Sumber: Tiktok Amira Aisyaa

Faiz Mustafa