Siakap Keli
Gambar: CNA

Gaji Pengutip Sampah Di Singapura Bakal Naik Jadi RM 10k Sebulan Menjelang 2028

Gaji kasar pemungut sampah bagi warga Singapura atau pemastatutin tetap dikatakan akan meningkat sehingga RM 13659.40 (S$3,260) sebulan pada tahun 2028, di bawah model gaji progresif baharu bagi sektor itu, lapor CNA.

Kenaikan ini berlaku selepas kerajaan Singapura menerima cadangan daripada Tripartite Cluster for Waste Management (TCWM) untuk menaikkan model gaji bagi industri pengurusan sisa, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA).

Menurut National Trades Union Congress, jumlah gaji kasar bulanan merujuk kepada jumlah gaji asas bulanan, bayaran lebih masa, komisen, elaun, dan bayaran tunai lain, dan ianya adalah jumlah sebelum CPF pekerja dipotong.

Cadangan ini bakal memberikan manfaat kepada sebanyak 3000 warga Singapura dan pemastautin tetap yang berada dalam sektor pengurusan sisa, meliputi pekerja di bahagian kutipan sisa, dan pemulihan bahan.

Mereka juga turut akan diberikan manfaat lain seperti bonus tahunan dan kenaikan pangkat.

GAJI BULANAN

Dengan adanya model terbaru ini, gaji asas untuk pekerja kutipan sisa warga Singapura dan pemastautin tetap akan meningkat daripada S$2,210 (RM 9259.90) pada Julai 2023. Seterusnya, jumlah tersebut akan meningkat sebanyak RM 879.90 (S$210) setiap tahun sehingga 2028 apabila ia mencecah RM 13659.40 (S$3,260).

Peningkatan ini diterjemahkan kepada 48% dalam tempoh enam tahun.

Selain itu, gaji kasar bagi pemandu di peringkat senior dalam sektor kutipan sisa juga akan dinaikkan daripada RM 12192.90 (S$2,910) pada tahun 2023 kepada RM 16592.40 (S$3,960) menjelang tahun 2028.

Sumber: CNA

Zahirah

Editor: Fazidi
" "