Siakap Keli
Kredit: Tiktok Nic Putra

Guna 2 Bahan Je, Ini Petua Berkesan Hilangkan Bau Ketiak Busuk Secara Semulajadi

Pernahkah anda rasa seperti bau ketiak anda busuk sehingga membuatkan orang-orang disekeliling anda tidak selesa? Kemudian, orang sekeliling anda mula sisihkan dan elakkan diri anda daripada terus bergaul bersama mereka.

Anda pasti rasa serba salah kerana anda menjadi punca terjadinya situasi tersebut. Mahu beli deodorant, anda rasa benda tersebut mahal dan mungkin kurang berkemampuan.

Tidak perlu risau lagi, seorang pengguna Tiktok bernama @nicputra atau nama sebenarnya Nic Putra telah berkongsi petua yang boleh digunakan untuk menghilangkan bau ketiak. Bukan itu sahaja, petua menghilangkan bau ketiak ini nampaknya lebih jimat kerana hanya menggunakan bahan semulajadi.

Petua tersebut mempunyai beberapa cara yang perlu dilakukan untuk menghasilkan bahan tersebut. Sangat ringkas dan menjimatkan, mari bersama-sama kita baca cara untuk membuat bahan tersebut.

  1. Sediakan baking soda (1/4 sudu teh) dan jeruk nipis.
  2. Campurkan sedikit air  ke dalam mangkuk berisi baking soda dan jeruk nipis secukupnya. Kemudian, gaul sehingga rata.
  3. Sapu bahan tersebut ke seluruh permukaan ketiak. Tunggu selama 5-10 minit.
  4. Bilas dengan air bersih.

Nic juga memberitahu bahawa petua ini haruslah dilakukan setiap hari untuk mendapatkan hasil yang sempurna.

Sangat mudah dan jimat untuk digunakan oleh semua orang sama untuk menghilang bau ketiak yang busuk. Selepas ini, sudah tiada alasan mengapa ketiak anda bau busuk. Orang di sekeliling juga akan selesa untuk berada di samping anda.

Untuk ketahui lebih lanjut, anda boleh menonton video di bawah:

@nicputra

TIPS menghilangkan bau ketiak secara alami! #viral #fyp #foryoupage #foru #samasamabelajar #berbagiilmu #tips #ketiak #nicputra

♬ original sound – NIC PUTRA – NIC PUTRA

Sumber: Tiktok Nic Putra

 

Akhmar Ikmal