Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Ini 3 Kegunaan Air Rebusan Mee Segera Untuk Aktiviti Seharian

Ramai orang ketahui bahawa air rebusan daripada mi segera mempunyai kandungan yang sangat berbahaya jika ditelan. Perkara ini boleh berlaku disebabkan oleh kandungan mi segera yang mengandungi bahan kimia berbahaya seperti bahan pengawet.

Namun, air rebusan mi segera sebenarnya mempunyai beberapa khasiat, namun bukan untuk bahagian tubuh badan manusia. Mari kita lihat beberapa kebaikan air rebusan mi segera:

1. Boleh digunakan untuk merendam kacang atau sayur

Dengan merendam kacang dan sayur menggunakan air rebusan mi segera semalaman, ia ternyata sangat berguna. Hal ini dikatakan sedemikian kerana kandungan di dalam air rebusan tersebut boleh menyebabkan kacang ataupun sayur masak dengan kadar yang lebih cepat dan seterusnya menjadi lembut.

2. Boleh menyiram tumbuhan

Selain itu, air rebusan mi segera itu sendiri boleh digunakan untuk menyiram tanaman. Air rebusan mi segera dipercayai boleh membantu proses pertumbuhan tumbuhan dengan lebih baik.

Hal ini dikatakan sedemikian kerana air rebusan mi segera itu sendiri mempunyai kandungan mineral yang cukup tinggi bagi membantu tumbesaran tumbuhan.

3. Mencuci pinggan mangkuk

Akhir sekali, air rebusan mi  segera boleh digunakan untuk mencuci pinggan mangkuk. Kandungan pati air rebusan mi segera dipercayai mampu membersihkan pinggan mangkuk kotor yang penuh dengan kotoran degil. Kotoran degil lebih mudah untuk dilunturkan.

Sumber: Indozone

Akhmar Ikmal