Siakap Keli
Gambar via Hotcars.com

Kenali Koleksi Kereta-kereta Mewah Milik Sultan Brunei, Nilainya Jauh Lebih Mahal Dari Kelab Man Utd

Tiada yang menghairankan jika anda mempunyai minat terhadap kereta. Bila kita sukakan satu-satu kereta sudah tentu kita akan berusaha sedaya upaya untuk mengumpul duit bagi membolehkan kita untuk membeli kereta tersebut.

Begitu juga dengan Sultan Brunei Darussalam ini. Sultan Brunei sering menjadi tumpuan orang ramai bukan kerana istananya sahaja, tetapi kerana koleksi kereta mewah dimiliki oleh Sultan Brunei ini.

Jika sebelum ini Istana Nurul Iman, Kesultanan Brunei mempunyai 1,788 Kamar Beradu, maka tidak mustahil untuk Sultan Brunei mempunyai koleksi kereta yang pelbagai.

Menurut laporan Detikoto, kebanyakan kereta mewah milik Sultan Hassanal Bolkiah adalah jauh lebih mahal daripada nilai kelab gergasi Liga Perdana England, Manchester United.

Gambar: AFP via Detik.com

Dipetik daripada Daily Star menerusi Detikoto, Sultan Brunei Hassanal Bolkiah dikatakan mempunyai kereta termahal yang mencecah 4 bilion pound (RM22,544,546,400). Sedangkan kelab Manchester United hanyalah bernilai 3.08 bilion pound (RM17,360,075,040).

Ketara bukan nilai kereta dan kelab bola sepak ternama ini? Selain itu, difahamkan Sultan Hassanal juga dipercayai mempunyai nilai anggaran bersih aset sebanyak 13 bilion pounds (RM73,278,491,000).

Bayangkan, di bahagian garaj sahaja terdapat hampir-hampir 600 Rolls-Royces dan lebih daripada 57 buah Mercedes-Benz. Malah lebih daripada 450 buah Ferrari miliknya juga turut tersimpan rapi di situ.

Bukan setakat itu sahaja, Sultan Brunei juga mempunyai lebih daripada 380 buah kereta super mewah berjenama Bentley.

Tambah laporan, anak kepada Sultan Bolkiah iaitu Faiq Bokiah dikatakan pernah bermain untuk Chelsea dan Leicester City dan baginda diramalkan sebagai salah seorang pemain bola sepak terkaya di dunia.

Gambar: Getty Images via Daily Star

Terdahulu, Sultan Brunei Hassanal Bolkiah pernah dikenali sebagai pengumpul kereta mewah dengan nama gelaran paling ‘gila’ di dunia.

Baginda turut dikhabarkan mempunyai hampir beribu-ribu kereta mahal dari pelbagai jenis jenama dan tahun keluaran yang berbeza-beza.

Antara beribu-ribu kereta, Ferrari F40 adalah kereta paling menarik milik sultan

Kekayaan sultan Brunei bukanlah dengan hanya memiliki satu dua buah kereta Ferrari F40, malah dia mempunyai hampir 11 buah kereta Ferrari dalam satu-satu masa. Sembilan berada di Brunei dan dua lagi ditinggalkan di Eropah.

Apa yang menariknya, kereta ini bukanlah angka 11 buah itu tetapi bagaimana sultan telah mengubah suai kereta ini mengikut kehendak baginda dan kereta ini dihasilkan pada ulang tahun sambutan ke-40 Ferrari.

Malah kereta F40 ini kebanyakannya ditukar kepada pemanduan kanan sedangkan kereta keluaran Ferrari kesemuanya di pemanduan sebelah kiri.

Gambar: Supercarnostalgia

Kereta Ferrari F40 keluaran 1987 hingga 1992 direka khas dengan mempunyai tiga pilihan tempat duduk bersesuaian dengan mengikut kesuaian pemandu. Tempat duduk yang direka mempunyai saiz kecil sederhana dan juga besar.

Namun demikan kesemua kereta F40 milik sultan semasa keluaran ini dipercayai telah dimusnahkan.

Bukan sahaja dari segi rupa F40 yang diubah suai oleh Sultan Brunei, malah sistem kereta juga turut diubah iaitu sistem ekzos yang telah dinaik taraf kepada Unit Kawalan Elektronik (ECU).

Jalopnik menerusi Detikoto memaklumkan bahawa daripada 11 buah F40 milik Sultan Bolkiah, tujuh daripadanya adalah hasil pengubahsuaian bengkel dari segi reka bentuk.

Menurut laporan itu lagi, pengubahsuaian teknikal ini didakwa dilakukan di England.

Gambar: bosshunting

Berikut di bawah adalah antara jenama & gambar kereta milik Sultan Brunei seperti yang dilapor dalam Hotcars.com.

Bentley Java 1994

Gambar via Hotcars.com

Mercedes Benz G-Wagen

Gambar via Hotcars.com

Aston Martin V8 Vantage Special Series II

Gambar via Hotcars.com

McLaren F1 LM

Gambar via Hotcars.com

Rolls Royce Silver Spur

Gambar via Hotcars.com

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Detikoto

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.