Siakap Keli
Gambar via Bernama

Pemberian Vaksin Covid-19 Untuk Kanak-kanak Bermula 3 Februari Ini Di Lembah Klang

Dalam sesi sidang media Program Imunisasi Kanak-kanak (PICKids) sebentar tadi, Timbalan Menteri Kesihatan 1, Dato’ Dr Haji Noor Azmi Ghazali memaklumkan bahawa pemberian vaksin untuk kanak-kanak akan dilaksanakan bermula 3 Februari 2022.

Menurut Noor Azmi, sebagai permulaan, pemberian vaksin Pfizer untuk kanak-kanak akan dilaksanakan di Lembah Klang bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah perubatan melalui hospital-hospital.

Manakala suntikan vaksin bagi kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah perubatan akan diberikan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi dan akan diperluasan ke sekolah-sekolah.

“Seterusnya, ini akan diperluaskan ke sekolah dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.

“Kaedah pemberian lain yang telah dikenal pasti adalah PPV Offsite, klinik swasta, klinik kesihatan dan progra jangkau luar (outreach),” jelas Noor Azmi dalam sesi sidang media sebentar tadi.

Ujar Noor Azmi, KKM telah memulakan kerjasama dengan beberapa agensi, persatuan dan pertubuhan bagi memastikan semua kanak-kanak mendapat akses kepada vaksin COVID-19.

Tambahnya, para ibu bapa untuk kanak-kanak berumur lima hingga bawah 12 tahun di sekitar Lembah Klang turut dipelawa untuk membuat tempahan janji temu vaksin COVID-19.

Sistem Tempahan Janji Temu melalui aplikasi MySejahtera dimaklumkan akan dibuka untuk memudahkan para ibu bapa mendaftar untuk anak masing-masing mengikut lokasi yang sesuai.

Sumber: Sidang Media KKM

Eyla Azri