Siakap Keli
Gambar: Twitter STEM

(Video) Boleh Lenjan Di Laluan ‘Off-Road’, Begini Rupanya Kasut Roda Zaman 1920-an

Kasut roda ialah sejenis kasut meluncur beroda yang digunakan untuk meluncur di atas jalan. Secara umumnya, kasut beroda ini ada pelbagai jenis daripada satu sehinggalah kepada lima roda.

Penghasilan kasut roda ini dikatakan hasil daripada inspirasi kasut meluncur ais yang dibuat untuk kegunaan atlet Rusia untuk latihan bagi digunakan di atas jalan biasa.

Pada penghujung tahun 1980-an dan awal tahun 1990-an, sebuah syarikat yang membuat kasut roda ini telah mempromosikan kasut roda tersebut secara meluas dan ia menarik perhatian ramai orang.

Tetapi, korang pernah tak tertanya-tanya bagaimana rupa sebenar kasut roda ini pada zaman dahulu? Semestinya rekaan kasut roda yang sekarang tidak sama dengan yang dahulu atas faktor peredaran masa.

Menerusi sebuah perkongsian di akaun Twitter STEM, mereka telah berkongsikan sebuah video kasut roda pada tahun 1920-an.

Di dalam video tersebut dapat dilihat, para pemuda sedang memasangkan roda pada kasut but mereka. Sebuah roda besar telah dilekatkan pada setiap pasang kasut mereka dan menggunakan roda tersebut mereka akan meluncur.

Tambahan lagi, bukan sahaja di kawasan yang landai dan halus boleh mereka meluncur, mereka turut meluncur di kawasan berbukit dan berbatu. Apabila mereka di kawasan yang agak berbukit mereka akan menggunakan bantuan kayu penahan seperti kayu ski  untuk mengimbangkan badan mereka.

Kreatifnya masyarakat dahulu tidak terhenti sampai di situ, apabila mereka menggunakan  bantuan kayu tersebut untuk ‘berpura-pura’ seperti mereka sedang bermain ski menggunakan kasut roda tersebut.

Manakala bagi mereka yang memang sudah arif bermain kasut roda mereka hanya boleh meluncur seperti biasa tanpa perlukan bantuan kayu pemegang tersebut.

Sumber: Twitter STEM

Zahirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.