Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

(Video) Mendebarkan, Detik-detik Cemas Myvi Hilang Kawalan Ketika Jalan Licin Dirakam

Gambar: Facebook

Cuaca hujan lebat merupakan salah satu punca sesebuah kenderaan itu boleh hilang kawalan semasa bergerak laju di atas jalan raya.

Terbaharu, tular sebuah video di media sosial memaparkan rakaman sebuah kereta yang hilang kawalan dipercayai akibat jalan licin.

Menerusi video rakaman dari lensa dashcam itu, pada asalnya kelihatan sebuah kereta Perodua Myvi berwarna hitam dipandu di lorong memotong (kanan).

Myvi berkenaan pada awalnya dipercayai ingin memotong kereta yang merakam kejadian tersebut menerusi dashcam.

Bagaimanapun dalam beberapa saat, Myvi itu kelihatan seolah-olah hilang kawalan pemanduan sejurus memotong.

Bagaimanapun tidak lama selepas itu, Myvi berkenaan berjaya mengawal keretanya daripada situasi mendebarkan yang terjadi sebelum itu.

Berdasarkan rakaman dashcam tersebut, suasana jalan raya di situ ketika itu dipercayai berada dalam keadaan basah akibat hujan.

Disebabkan itulah, ia mungkin menjadi punca mengapa Myvi tersebut boleh hilang kawalan saat memotong kereta itu.

Bagaimanapun lokasi tepat kejadian tersebut berlaku tidak dikenal pasti setakat ini.

Sumber: YB Wak Lolok via Sukan Star TV